Monday, 19 December 2016

WHAT IS IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN?

Allahumma solli a'la muhammad.

Bismillah.

Hows life? *sengeh

Sengeh banyak makna. haha.

Alhamdulillah. Masih terasa lagi ha masa hari keputusan uni keluar. Dalam hati ni dah agak dah dapat tapi tak baik pulak over confident kang tak dapat sendiri malu. Riok tak bagus ya anak anak. Masa tu, aku dok terbayang masa SPM pun ada. Masa tu aku redha aku dapat 4A. Aku pernah gitau ma abah nak pindah ke SMK balik sebab tak dapat sehati sejiwa dengan subjek subjek sains ni terutama addmath dan kimia. Sampaikan Cg Suwardisukri panggil aku honey dalam lab dia sebab kaki tidoq. Tak weh. Aku bukan sengaja tidoq. Aku tertidur. Kan beza tu :3

Masa hari dapat result tu aku kemain dok cakap kat kawan kawan,

"toksah sedih la sebab inilah perjuangan engko selama ni"

"ini yang engko dapat, inilah rezeki engko, jangan dok risau, engko aku ada rezeki masing masing"

Aku tak sedih pun bila dapat 4A sebab aku pulun 4 subjek tu je nak make sure dapat A cuma aku dah nekad nak usaha lebih lepasni sebab aku dah plan awal awal taknak ambik sains dah lepasni. Aku bukan jenis give up tapi serius ah susah nak masuk apa yang diajar sampaikan GM aku kena ajar soalan sama banyak kali (addmath dan kimia). Sian Add dengan Fahmi. Apapun thank you mucho! Aku kesiankan diri sendiri. Aku nak bidang lain. Tapi aku bersyukur masuk SAHUT and banyak benda aku belajar kat sana. Lagi lagi friendship. Happy sangat! Alhamdulillah.

Masa tu setiap buku aku tak kira subjek apa, penuh dengan nama Cik Peguam sampaikan Sir Saiful pun turut panggil aku Cik Peguam. Haa nampak tak kat situ cg feveret aku support aku? Kemain aku happy bila sir panggil aku gitu. Rasa semangat dia tu 200% weh. Sir, buku yang sir hadiahkan tu tak habis baca lagi. Nanti saya baca eh :D

Aku memang minat gila-gila nak jadi lawyer ni. Memang cita-cita aku tapi bila dah muet ni lahai dapat band 3 je muet so tak lepas. Aku malas repeat muet ni sebab maybe aku dah rasa cam bagus sangat kot hahaha. Taklah. Aku memang tak nak repeat dan masa tu pulun subjek lain lagi lagi PA sebab PA killer dan aku dah buat hypothesis PA ni adik ipar kepada addmath dan anak menakan kimia. Result aku teruk sebab PA ni. *cis

Aku tak rasa tekanan pun ambil STPM. Aku tak kisah apa orang cakap. Susah dapat uni la, susah dapat kerja la, gaji tak setanding diploma la. Hm. Aku ni jenis tak kisah mulut orang yang bercakap tak pakai akal. *Maaf agak terkasar bahasa kat situ. Masa tu aku rasa macam segelintir masyarakat kita ni pandang rendah pada pelajar STPM. Macam macam orang dok update status. Geli hati gak kekadang aku baca. Macam macam hujah, mv, rv, hypothesis yang dibuat maka aku pun buat conclusion bahawa REZEKI ITU DITANGAN ALLAH so kenapa nak menjadi Tuhan? Jangan ukur rezeki berdasarkan peringkat pendidikan. Kita nak cakap apa apa tu, sila berbalik kepada AGAMA dulu. Baru sohih hujahan tu. *sengeh

Dapat 3.++ dan menunggu tawaran Uni. Alhamdulillah aku dapat 3 tawaran uni. Tak sangka weh. Berkat doa ma abah cikgu kawan dan lain lain. Aku fikir sehabis fikir. So aku pilih USM sebab USM ni aku dapat pendidikan. Yang UPM dapat komunikasi dan UM dapat pengajian melayu ke apa. UM ni one of my fav uni. Memang nak grad lawyer kat situ tapi macam aku cakap. Hajat tak kesampaian. Jadi bermulalah kisah aku as a bakal cikgu. *sengeh lagi

Bila dah dapat uni ni, orang tanya pulak, kos apa, kat mana. So aku jawab lah aku pilih USM, sastera dengan pendidikan. Dan ada orang yang tak tahu apa tu sastera dengan pendidikan akan cakap,

"oh, gonna be cikgu subjek sastera lah ni"

My answer is NO.

Ha sini aku nak terangkan IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN tu bukan belajar subjek sastera. Bukan semata mata jadi cikgu subjek sastera. SASTERA tu ketua keluarga. Anak anaknya pulak SEJARAH, GEOGRAFI, BAHASA MALAYSIA & BAHASA INGGERIS. .

Faham tak?

Kiranya SASTERA tu ketua kumpulan dan di bawahnya ada beberapa subjek yang lain. Untuk first sem ni, kita belajar hal hal cikgu cikgi, pasal psikologi semua tu. Yang tu banyak kena hadam tapi sampai laa ni (study week) pun aku tak bukak buku lagi. Sem dua kalau tak silap, baru belajar subjek subjek tu dan akan ada major minor. Korang boleh pilih nanti berdasarkan result korang. Ni yang aku dengar dari kawan kawan. Yang best nya sambutan hari guru bulan 11.

Okay jelas?

PENDIDIKAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, KAMPUS INDUK, PULAU PINANG ni ada 3 cabang, Cehwah nama panjang terus aku kasi. Pertama iaitu kos aku, SASTERA DENGAN PENDIDIKAN atau lebih manja dan menawan budak budak kos SASPEND. SAS tu sastera dan PEND tu pendidikan. Kita pendekkan. Jimat masa dan jimat tenaga. Student SASPEND ni paling ramai berbanding PK dan TESOL.

Kedua, PENDIDIKAN KHAS. Pendidikan khas pun sama. Ada kuliah yang sama dengan student PK ni. So dapatla kenal sorang dua hehe. Suka tengok kawan-kawan kos PK ni. Bangga pun ada sebab besar cabaran dorang ajar kanak-kanak istimewa. Pasal PK ni tak silap aku Naja bagitau ada dua Pendengaran dan Penglihatan. Sorry kalau salah. Aku ingat ingat lupa masa Naja gitau malam tu aku duk baring main henfon haha. Naja cakap dia pilih pendengaran. Ada lah sebab sebab dia.

*Apa kaitan Naja dalam kes ni?

Jawapan : Naja kawan kos PK. Dia yang share serba sedikit pasal kos PK ni.

Ketiga, TESOL. Semua tahu TESOL kan? Senang citer, cikgu bahasa inggeris.

Jadi itulah cabang PENDIDIKAN di USM.

SASPEND
PK
TESOL

Dalam SASPEND tu ada cabangnya dan PK pun ada cabangnya.

Goodluck adik adik yang bakal apply uni. Tak kisah kos apa sekalipun, ada chance nak belajar, belajar okay? Kejar ilmu. Nak hidup bukan saja kena ada duit tapi juga kena ada ilmu. Tak kisah ilmu apa sekalipun. Yang penting nawaitu betul, jelas, tepat dan sohih. Pastu jangan jadi cam aku. Aku kat sana makan makan makan.

#montelkancantik

Ada apa apa soalan boleh direct dm kat instagram @blvckrossee atau nak shopping notebook custom design yang tersangatlah awesome, boleh follow igshop hakak @sitikhadijah.co

Lots of love,
#bakalcikgu



                         Me and Nur! 😍😘😊

Okaylah. Night!
Assalamualaikum.



Tuesday, 11 October 2016

MEREKA SUPERMAKCIK

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.

Dah sebulan berada dalam dunia baru. Alhamdulillah. Senang lenang kat sini pun berkat doa ma abah la ni 😊 Dapat masuk sini pun doa ma abah jugak. Sebenarnya ada satu entry yang aku tak sempat publish. Tapi semangat nak publish hat ni. Hahaa.

Sebenarnya, bila bangun pagi, bukak pintu bilik, tengok selipar tersusun, lantai di luar bersih licin takde satu habuk pun, terus rasa...Allah... selesa! Rasa semangat bangun pagi nakpi kelas. Tapi tak lari dari rasa bersalah.

Dulu stay SAHUT, kalau ada makcik makcik cleaner, selalu borak borak, bagi salam. Ada jugak ajak makcik makan sekali. Masa tu saja tempah mee kari nak makan dengan kawan kawan. Makcik malu malu. Dan mungkin juga rasa risau takut majikan dia nampak ke apa tapi tak berani tolak permintaan aku. Datang makan walau sikit dan sekejap 😊 Walaupun dulu, toilet kami, setiap hujung minggu kami yang bersihkan, tapi makcik makcik cleaner tetap datang pada hari hari tertentu.

Kat sini, kami tak bersihkan langsung. Bahkan sangat sangat selesa sebab ada mereka. Dulu kat sahut asal hari jumaat je mesti dah rasa penat. Sebab apa? Sebab kena cuci tandas. Sebenarnya best je bila buat dengan kawan dan adik adik. Orang kata, buat ramai ramai lagi erat hubungan. Jadi, kami tahu penat lelahnya nak cuci tandas, bersihkan sink, berus sana sini, buang sampah, cuci tempat tong sampah yang ada mana mana sampah kotor terjatuh. Dengan macam macam bau lagi.

Ya pernah rasa penat tu. Walau buat sambil pot pet pot pet borak dengan kawan, walau buat sambil menyanyi dangdut dalam toilet, atau sambil percikkan air dekat kawan. Rasa penat tu akan hilang serta merta. Tapi, tahu rasa penat tu. Tahu bagaimana rasanya cuci tandas. Tu baru satu floor. Tandas pun kami dibahagikan pada dorm dorm tertentu. Takdelah semua tandas. Satu aras pun dah 3 tandas. Mak oi. Hahahah faham kan macam mana rasanya?

Kat sini, kita dah besor besor dah haha. Dah tahu tengok, nilai dan rasa. Kudrat mereka dah tak kuat. Mereka semua dah tua. Urat timbul sini sana. Wajah mereka yang nampak tak bermaya...rambut pun beruban. Badan badan lenguh..

Tapi, tetap senyum!
Tapi...
Tetap jawab salam bila kita bagi salam.
Tetap senyum kat kita kalaupun kita tak senyum kat mereka dulu.

Tapi sayangnya kalau ada manusia yang tak beradab, kurang ajar. Lol panas tetiba pulak aku hahaha. Ya, tahu. Itu kerja mereka. Kena bersihkan tandas, sapu lantai, yang mana hitam gelap kena gosok sental kuat kuat kasi hilang..kena mop.. tapi walaupun itu tugas mereka, janganlah sampai kurang ajar dengan orang tua. Janganlah sampai memarahi mereka di hadapan anak anak muda yang lain. Janganlah buat mereka seperti orang muda. Mereka dah tua. Kalau tengok, memang dah jadi golongan nenek nenek dah. Patut duduk rumah, jaga kesihatan jaga diri. Tapi mereka kuat nak cari rezeki. Nak cari sesuap nasi walaupun diri sendiri pun sakit sakit. Kuatnya mereka!

Dan, walaupun mereka hanyalah makcik cleaner, berbudi bahasalah. Berbudi bahasalah. Berbudi bahasalah 😊

Mereka adalah ibu kepada anak anaknya.
Sebagaimana kita ada mak ayah, mereka pun ada anak anak. Kalau mak ayah kita kat tempat mereka, haihh apa rasa? Apa rasanya bila ditengking dimarah sesuka hati? Dengan kudrat yang tak kuat. Usia yang tua..

Salah ke kalau tegur secara baik?
Salah ke kalau berbudi bahasa?

Ma selalu pesan, tak rugi berbuat baik.
Langsung tak.

Orang yang sombong, angkuh ialah orang yang sangat rugi!

Bagi saya, mereka supermakcik hehe.
Bagi saya, mereka dah jalankan tugas mereka sebaik mungkin.

Dan bagi saya juga...tolonglah.. tak kira pelajar mahupun majikan, beradablah. Takut kalau kalau harini kita buat dengan orang, esok esok..anak cucu kita yang terkena pula.

Beradab.
Beradab.
Beradab.

Mereka supermakcik. Dan alhamdulillah sepanjang bergelar pelajar tak kira dari peringkat mana pun, saya tak pernah jumpa makcik pakcik cleaner yang tak baik. Semua ramah ramah. Semua suka senyum. Pesan baik baik. Dan mungkin kalian ada jumpa yg sebaliknya. Apapun...

Adab kena jaga 😊

Sunday, 31 July 2016

DAIE - ALONE OR NOT ALONE?

Assalamualaikum wbt!

Allahumma solli a'la muhammad.



Hello gais.

Sampai kat Taman Tg Anis, tempat gathering and meeting kami tu, semua macam dah get ready untuk usrah dan makan. Rasa bersalah dalam hati sebab sebenarnya sengaja sikit nak datang lewat *emoji nangis*. Datang awal tapi niat tu nak jumpa Hasbi dulu. Mummy miss you a lot Hasbi. Rindu sampai tiap hari teringat dekat pipi pau Hasbi haha. Sampai rumah kak yong, lamak Hasbi tidoq. Sampai hati *emoji nangis*. Mummy datang jauh jauh nak jumpa awak sayang! But mummy dont care, kak yong marah aku sebab sedarkan si Hasbi tapi degil. Aku kejutkan jugak Hasbi. Celik mata slow slow lepastu senyum! Eh! Main senyum senyum pulak sayang mummy ni hahahaha.

Alhamdulillah, sekejap je tapi rasa lega. Lepas rindu dekat Hasbi.
Haihh, tengah rindu Hasbi pulak ni T_T

Hehee.

Bau baby ni suatu ketenangan, kan? :)

Bila sampai, salam kiss and hug semua. Lepastu terus mula usrah. HAHAHAHA. Nampak sangat la depa dok tunggu ceq adoi ceq rasa bersalah betul T_T



Tajuk hat kak isma sampaikan memang membuka mata. Banyak kali kak isma sebut 'daie' semasa sampaikan usrah. Dan disebabkan perkataan daie itulah juga aku tersentap banyak kali. Dushh dushh! Hantuk kepala kat dinding. HAHA.

'Daie ni tak boleh keseorangan. Kita nak ajak orang, nak berdakwah, tak boleh berseorangan.
Kalau boleh biar dalam kumpulan. Jemaah'

Dan banyak lagi yang kak isma sampaikan. Aku hangguk hangguk berkali kali. Setuju sangat. Kita sememangnya tak boleh berseorangan. Kita ini berbeza, tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Kita punya acuan yang berbeza, tetapi destinasi kita sama. Kita nak sampaikan dakwah, nak berpesan, menasihati dan banyak lagi. Kita tak sama tetapi kebolehan yang pelbagai itulah yang melengkapkan kita, membantu kita untuk mantapkan lagi diri seterusnya untuk kita istiqamah.

Sampai turn aku, aku ada sebut,

'.....saya beri contoh. Kalau kita ada kawan yang pendiam di dalam kelas, seolah olah hidup sebatang kara, agaknya bagaimana? Sunyi. Memang sunyi sebenarnya. Kita nak cari ilmu, kita nak dapatkan ilmu tu kita kena bergaul. Macam kita nak sebarkan ilmu, nak dakwah, kita kena bergaul. Sebenarnya banyak lagi ilmu kita kena explore, kita kena cari, kita nak perbaiki. Macam mana nak dapatkan ilmu? Bergaul'

Aku lupa apa lagi yang aku sebut haha.

Kita semua daie. Kita semua kena sumbangkan sesuatu buat ummah. Tak dapat sumbang banyak, sikit pun jadilah. Asalkan ada usaha kita sebagai seorang Islam. Sebab itu aku mention, perkataan daie itu ibarat memukul mukul badan aku, jiwa aku. Tiba tiba rasa tak layak dan sebagainya. Weh, daie weh! Perkataan yang ringkas dan pendek...tapi masyaAllah... tanggungjawab tu besaq! Berulang kali cakap dalam hati, aku tak layak, aku tak mampu. Bahkan aku sendiri belum tentu dakwah diri sendiri apatah lagi nak dakwah, nak pesan, nak sampaikan ilmu bermanfaat kepada orang lain.

Jauh dalam hati,

'Aku...masih bertatih'

Tapi apa yang kak ros sebut tu lagi memeranjatkan aku. Tiba turn kak ros, kakak aku yang satu satunya berani panggil aku adik depan diorang *aku segan pulak haha*, kak ros sebut,

'...ni pengalaman saya sendiri lah. Kita nak berubah nak hijrah ni..susah sangat nak mendekati golongan yang beragama. Mereka macam hidup berkelompok. Mereka mereka je. Susah nak masuk, berkawan'

Lagilah aku angguk lelaju. Betul la tu kak. Sebab, saya sendiri pun mengalami peristiwa yang sama. Bukan sekejap tapi lama bahkan sekarang pun masih ada sesetengah yang berpurdah berniqab tapi tak berkawan dengan orang biasa biasa *i mean yang tak berpurdah berniqab*. Bukan judge, tetapi realiti. Bukan kata semua tapi sesetengah. Kena faham tu. Arachi?

Kadang, kita tengok orang yang tak pakai niqab tak pakai purdah ni, mereka bukannya sebagaimana kita lihat mereka. Tak kata dekat orang lain, ni aku share pengalaman sendiri. Tahu tak, hijrah ambil masa yang agak lama. Bukan mudah dear. Dari bertudung singkat kepada bertudung labuh. Dulu, aku tak benci golongan bertudung labuh ni. Tak ada benci ke apa ke. Tapi dalam hati aku ni, satu je. Aku nak jadi macam mereka. Aku tak ambil langkah drastik. *betul ke perkataan drastik tu hahah*. Tapi aku lebih suka step by step.

Gadis gadis sekarang, asal berubah je ingat purdah, niqab.
Asal nak hijrah je fokus niqab, purdah.

Bukan.

Perkara pertama nak berubah atau hijrah is not PURDAH OR NIQAB.
For me, purdah ni lasssttttt sekali.

Sekali lagi, jangan salah anggap. Bukan semua tetapi segelintir.

Jangan fokus lagi pada purdah/niqab tetapi fokus pada hal hal lain yang WAJIB dahulu. Stoking tu pakai. Stongan pun sama. Tudung kena labuhkan, jangan pakai hat jarang. Baju baju yang ketat sendat tu tinggalkan. Banyak sangat kena ubah. Bahkan nak ubah SOLAT STYLE pun amat sukar bagi aku. Jaga solat. Jaga solat tu dulu. Biar cukup 5 waktu lepastu cuba jaga waktu solat. Cuba dulu. Quran tu, istiqamah. Belajar benda benda lain yang memang perlu dan wajib. Baru fikir purdah. Bukannya direct to purdah.

Susah dear nak capai satu persatu..Nak rasa pahit manis peringkat demi peringkat. Lagi satu, pemikiran. Ada orang, bila hijrah, terlalu melampau hijrahnya. Contoh.. ada hal yang memerlukan seorang perempuan dan seorang lelaki bertemu. Tapi atas hal yang sememangnya penting dan ditempat umum. Tapi disebabkan sikap dan cara amalkan ilmu tu tak kena, dia terus 'haramkan' pertemuan itu atas alasan kerana berdua duaan. Ya, memang. Berdosa berdua duaan. Tetapi kita tengok pula dari segi tempat dan urusan itu penting atau tidak.

Aku jugak tak maksudkan bahawa kena perfect dulu baru boleh pakai niqab atau purdah. Check diri, tanya hati. Apa niat dan bagaimana. Sebab acuan kita berbeza, niat kita lain. Ada orang, berhijrah, berpurdah.. sekelip mata. Tetapi tak lama kemudian buang purdah..tak lama lepastu buang tudung labuh pakai tudung macam biasa..lepastu terjebak dengan cinta. Tak pelik pun sebab memang benar benar terjadi.. tinggalkan purdah kerana ingin bercinta. Itu antara peristiwa yang berlaku. Tetapi untuk masa akan datang, kita taktahu bagaimana kan? Hidayah itu milik Allah.

Berbalik kepada 'susah nak bergaul, berkawan dengan golongan daie muda. Mereka mereka je dan susah nak rapat'. Yela, kita nak cari ilmu, nak sokongan. Sokongan dan pengaruh yang baik ni amat penting dalam hidup kita ni. Lebih lebih lagi bagi mereka yang baru hendak mengenal dunia tarbiah, yang baru nak hijrah. Banyak sangat benda kena berkorban, banyak sangat perkara yang perlu ditinggalkan, dijauhkan dan dipadam terus dari kamus hidup. Its not easy. Tetapi ada segelintir golongan yang beragama ini sangat sukar untuk mendekati mereka yang biasa biasa.

Sampaikan ada mereka yang nak berubah tu, rasa tak layak, rasa susah sangat. Kita, kalau kita memegang imej purdah/niqah ni terutamanya, kita kena jaga imej itu sebaik mungkin. Memang kita tak sempurna, memang kita tak maksum tetapi jangan gunakan alasan itu untuk membiarkan keburukan dan kelemahan kita berlanjutan tanpa seinci pun rasa hendak ubahkannya. Kita jangan didik diri jadi manja dengan alasan 'aku pun tak sempurna' tetapi cuba kata 'aku akan perbaiki kelemahan aku'.

Sebab itu kita sering dengar, baca di laman sosial bahawa mereka yang berlatar belakangkan agama ni, sangat susah nak dekat dengan orang awam yang biasa biasa ni, ada tu yang memang tak masuk dekat sebab tak pakai purdah sekali. Allah..jauhkan niat tak elok dan attitude sedemikian.

Ada juga yang berkata, kalau di tempat belajar, golongan berniqab ni mereka bergaul dengan sesama berniqab je. Memang kawan kawan semua macam tu. Kami yang biasa biasa ni tegur pun jarang atau dengan kata lain, memang tak bergaul langsung.

Itulah masalah yang kecil dan orang pandang remeh tetapi sebenarnya amat perlu diperbaiki. Ada dikalangan mereka tak berpurdah tapi teringin sangat nak ubah pakai tudung labuh. Ada tak kita cuba dekati? Tolong? Bukan kata, dekati sesiapa lepastu terus tanya. 'nak pakai tudung labuh tak?'.

Tak.

Berkawan tetapi IKHLAS.
Ikhlas in everything.

Berkawan seramai yang mungkin. Tegur menegur, sembang sekali sekala, ajak makan sama sama, ajak join charity. Banyak sangat cara. Kalau kita ada usaha nak dekati, Allah pasti bukakan jalan. Allah pasti permudahkan, tunjukkan pada kita setiap ruang dan peluang.

Di luar sana, amat ramai yang ingin berubah, mencuba untuk berhijrah. Ramai sangat teringin nak berjubah, bertudung labuh dan banyak lagi tetapi tiada kekuatan dan sokongan. Marilah kita sama sama mendekati, berkawan dan cuba tolong apa yang patut.

Dan, kita termasuk diri saya sendiri, yang nak sangat berubah dan berhijrah menjadi seorang gadis yang lebih baik ni kenalah explore, bergaul dan mencari ilmu itu. Usahalah. Nak ilmu, bergaul. Bergaul dengan mereka yang baik baik, yang ada aura positif dan dapat bluetooth aura positif tu kat kita hahahaha. Dan, terkadang tak perlu cari yang 24 jam sembang agama pun tetapi yang selamba, rock dan kadangkala gangster tetapi tahu jaga diri dan istiqamah semua perkara. Kadang tu, dia tak berjubah berserban pun tetapi dalam diam dia hafiz/hafizah. Ada tu berpakaian selekeh, kereta tak mewah pun, pakai motor kapcai je tetapi sebenarnya professor.

Berilmu dan sebarkan ilmu.

Kita masih cetek ilmu, banyak kena tampal, kena cari, baiki, jahit dan sulam so kenalah usaha sedikit untuk mencari ilmu dan amalkan ilmu tu. Kita yang berniat nak berubah ni kena pandai pandai cari, kena usaha nak belajar. bergaul. Dan kita yang memegang imej brpurdah berniqab ni jangan terlalu kecilkan pergaulan tetapi kembangkan pergaulan seperti kita pukul telur putih untuk buat pavlova sehingga kembang dan tak jatuh bila diangkat dengan spatula. Cehwahhh hahahahaha.

*sis suka baking*

Kalau sis, sis suka berkawan dengan orang yang bising macam sis tapi tahu waktu bila kena serius dan diam. Yang sporting dan tak berjiwa tooooo sensitive. Sis simple and sangat sukakan keharmonian, dan sis tak suka orang yang sikit sikit nak marah nak merajuk. Heiii dah besar kan. Benda remeh jangan nak sensitif sangat dan tak bercakap berhari hari lepastu si kawan ni taktahu apa punca. Emosional sangat eh HAHA.

K k sis nak kongsi #momentindahsempenasyawaldanmeetinggps











Mengada je kang nak ambil gambar camni hahaha. 

Mal : "Kak long tak boleh berjauhan dari saya. 
Dia nak saya sentiasa ada dengan dia. Saya ni macam nyawa dia"

HAHAHA. Amboi.. Makan buah kupas sendiri nampak :")













Maaf. Saya harap pembaca tak salah faham dan buat andaian sendiri. Ini penulisan biasa, ada teguran, ada perkongsian ada nasihat. Berulang kali saya sebut bukan semua tetapi segelintir termasuklah diri saya sendiri.

Thursday, 30 June 2016

PERHAPS.

Agak memeningkan bila aku memikirkan title entry aku malam ni. As i keep saying 'perhaps', so perhaps thats my title. Lol. Macam tak ada tajuk lain.

But, 

PERHAPS ke MIRACLE?

Rabu last week aku dah janji dengan Sis Isma, nak tunjukkan rumah ibu tunggal kat sini. Aku sendiri pun taktahu macam mana dan dekat mana nak cari. Kalau masih sekolah, memang tahu lah yang mana dari keluarga asnaf. Tapi bila dah lama tinggal sekolah, kurang tahu haha. Jadi aku mintak tolong Bonda. Bonda yang aku kenal since aku form 1. Sampai laaa ni aku rapat dengan bonda. Dah macam ibu dan anak. Ehems, dia cikgu feveret aku. 

Alhamdulillah dapat 3 family tapi dua daripada family tu gagal dihubungi. Salah satunya ialah seorang isteri yang langsung tidak dihirau oleh suami. Entah taktau kat mana suaminya. Ada seorang anak lelaki. Anak lelaki dia ni pandai tapi dah berpindah sekolah dan duduk di asrama. Tinggallah maknya yang ambil upah jadi orang gaji kat rumah orang. Kira macam kemas kemas rumah so selalu tak ada di rumah. Anak dia pun aku tak dapat call. Tapi bila bonda ceritakan kat mana rumah dia, aku dah boleh bayang terus sebab dah biasa lalu kat jalan rumah dia tu. Memang rumahnya buruk, tampak usang.

Lastly sis pilih family ketiga. Ibu tunggal juga. Set time & date. 

Cun! Jalan. 
Jumpa di masjid TM. Sms awal awal dekat sis,

'Kereta saya dekat dengan kereta polis, plat 6121'

Senang sis dengan husbandnya nak cari kereta aku. 
Nampak kereta polis, situlah kereta aku. Pandai betol aku cari tempat hahaha. 

Tunggu sebentar. 
Tiba-tiba ada seorang orang tua yang kayuh basikal masuk ke dalam masjid.

Pakaiannya, basikal tua yang dikayuhnya, plastik yang tergantung pada basikal, beg yang dibawa bersama.. Allah.. Lusuh, nampak kotor, buruk. Rambutnya agak panjang. Agak tidak terurus. Tapi cara kayuhnya nampak bersahaja. Perlahan lahan ke tempat parking motor dan terus letak basikalnya kat situ. 

Menjadi amalan, bila jumpa sesiapa sahaja yang nampak susah, sedang penat buat kerja contohnya pak cik tukang sapu jalan raya, pengemis atau gelandangan, orang tua ke.. biasakan diri mendoakan yang baik baik buat mereka. Berdoa agar diampunkan dosa, husnul khatimah, rezeki yang cukup, keberkatan dan keredhaan Allah buat mereka. Sentiasalah berdoa. Tak kira lah jumpa sesiapa kat mana sekalipun. Kenal atau tidak. 

Aku hanya tengok pak cik tu je. Dari awal dia kayuh basikal masuk ke dalam pintu masjid sampailah dia letakkan basikal dia. Selepas tu berjalan masuk mungkin hendak berwuduk. Waktu itu pun sudah jam 6 petang. Mata aku tak berganjak walau sedikitpun sampailah jasadnya hilang dari pandangan aku. Kesian, sedih. Kalau boleh, nak borak dengan pak cik tu. Aku taktahu pak cik tu waras atau tidak tapi gayanya bersahaja. Tenang. 

Sejuk hati bila tengok dia. Susah nak cakap. Macam ada tarikan meskipun pak cik tu kalau dilihat sememangnya tidak terurus. Sebelum ni aku tak pernah berjumpa dengannya. Rezeki aku petang tu dapat jumpa dia. Yela, anak jati tm ahha. Jadi aku kenal wajah wajah gelandangan/pengemis disini. Ceh. Perasan pulaks iols. 

Tak lama kemudian sis dengan husbandnya sampai. Terus sedar dan betulkan diri. Jadi kami terus ke rumah keluarga ibu tunggal tu. Selesai urusan, terus balik rumah. Dah nak berbuka kang. 

Malam tu. Tidur. Bangun untuk sahur yada yada yada. 

Tetiba teringat. 

Apa yang berlaku petang tadi seolah olah bermain semula. Ibarat ditayangkan semula. Tak berubah walau sedikitpun cara, siapa, kereta, bangunan. SEMUA ADALAH SAMA seperti apa yang aku lihat petang tadi. 

Aku lihat pakcik tu kayuh basikal, masuk ke dalam masjid, letak basikal, dia berjalan masuk ke dalam ruang solat. Semua pergerakkannya sama. Tak ada yang berbeza. Tapi aneh. Kenapa pakaiannya, plastik, beg nya bersih? Cuci. Bersih. Tak kotor seperti apa yang aku lihat petang tadi?

Benar benar bersih. Pakaiannya pun putih. Tak ada kotoran pun pada baju dan barangannya. 
Sukar untuk aku gambarkan. Penampilan dan perwatakan pak cik tu 100% berbeza dengan apa yang aku lihat (realiti) tadi. 

Allahuakbar. Apa maksud mimpi ini Ya Allah?
Berulang kali aku fikir dan tertanya sendiri. 

Segala galanya yang aku lihat pada waktu petang itu adalah sama kecuali pak cik tu. 
Allah.. bersih! Tak nampak kotor langsung! Allah..apa sebenarnya Allah nak tunjuk dekat aku ni? 

Allah sedang tegur aku ke?
Allah nak tunjuk dekat aku yang pak cik tu sebenarnya hatinya suci?
Walaupun perwatakkannya seperti pengemis, tidak terurus namun dia tidak lupakan Penciptanya.

Rasa ditampar berulang kali. 

Banyak kemungkinannya. 
Banyak persoalan dan banyak jawapan yang aku sendiri berikan. 
Allah..lembutnya cara Engkau menegur aku. Beri aku pengajaran. 

Tapi, petang tu (realiti) dan juga dalam mimpi.. kedua-dua situasinya aku tak dapat lihat wajah pak cik tu. Tak nampak. Wajahnya tertutup dengan rambut. Allah.. benar-benar buat aku terkejut. 

Luaran dan dalaman tak sama. Iman tak dapat diukur dengan penampilan tetapi orang yang beriman, yang sentiasa rindukan Allah dan takutkan dosa serta berusaha menjauhi berbuat dosa ialah seorang yang tak putus asa nak dapat rahmat Allah. 

Mungkin dia nampak kotor, tak terurus tetapi tak siapa tahu bagaimana hubungannya dengan Allah SWT. Mungkin lebih hebat dari kita. Siapa pun dia, pastinya dia ialah insan yang Allah beri pada aku untuk dijadikan pengajaran. Alhamdulillah. 

Pengajaran itu rezeki.
Jangan sia-siakan. 

Setiap hari, apabila kita membuka mata, kita melakukan apa sahaja sehinggalah kita kembali menutup mata untuk tidur, ketahuilah, dalam sehari itu, begitu banyak pengajaran dan ilmu yang kita peroleh. Hanya kita sahaja yang perlu memilih untuk muhasabah atau sekadar menganggap hari tersebut tiada makna atau keistimewaan.

Kita, dia, mereka. Setiap apa yang ada disekeliling dan berlaku disekeliling kita
ialah pengajaran. Jangan sia-siakan.

Kisah yang biasa, tetapi amat bernilai buat diri ini.


KakGhose.
xoxo!

Monday, 13 June 2016

BAIKNYA CARA ALLAH TEGUR KITA!

Assalamulaikum! 

Salam Ramadhan. 

Apa yang banyak kita fikirkan sepanjang hari?

Ada orang sibuk memikirkan bagaimana nak menandingi lawannya. Ada yang sibuk bersedia menghadapi kejahatan orang lain. Ada juga yang sibuk mengambil tahu apa yang orang lain buat, pergi, makan dan sebagainya. Banyaknya masa free untuk sibuk dengan hal-hal begini. Adakah kita nak habiskan usia dengan banyak penat memikirkan hal hal ini SAHAJA ? 

Cuba tanya diri hari ini, apa tujuan sebenar hidup ini?

#mocakelantan
#ramadhannote



Bismillah. Sangat tidak aktif dengan blog since 2012. Tinggalkan segala info dan blogwalking jauh sama sekali. Godek godek satu blog ni, terjumpa seorang blogger yang pernah review my blog. Katanya in 6 months, i got 700++ followers. Paling kembang hidung bila blogger ni puji my writing hahahha. Bro, semua dah padam entry entry dedolu. Yang best pun ai deleted. Yang tak best lagilah. 

I is malu. 
Agak kebudak budakan entries ai masa tu. 

Aaa giterr. 

But the point is, bukan pasal followers blog yang meningkat mendadak apabila aku buat blog kedua iaitu this blog. Bukan. Tapi aku jadikan moment tersebut sebagai bandingan untuk topik hari ini, 9 RAMADHAN. 

I got 700++ followers only in 6 months. Blogwalking and commenting. I did everything. Bukan semata batak followers tapi nak orang follow penulisan aku. Sampailah one day rasa lost. Rasa hilang nak menulis lagi apatah lagi nak buat sajak/cerpen/novel. 

Woowww. Ada orang mampu dapat 1k followers in 1 month. Ada pula yang dapat 2k in 3 months. Itulah yang dikatakan usaha. Macam kita buat bisnes, rajin update dan rajin cari customer, maka bertambahlah follower dan pembeli. Paling senang aku ambik contoh dari igshop. Sampaikan aku TERMIMPI pakai baju raya from @leeyanarahman.co tau! Haa, penangan dia dahsyat. 

Kita buat banyak, usaha banyak, banyak berkorban, you gonna see your success. Kau akan nampak one by one apa yang Allah berikan. Allah tunjukkan lorong yang betul dan rezeki nikmat tu tinggal kita petik saja. Ibarat macam tu lah. Sebab apa? 

Sebab USAHA. 

Man jadda wajada. 

Bila kita selalu beramal, zikir tak tinggal, al quran tiap hari baca, dhuha tak tinggal, taubat tak tinggal..bila kita tetiba tinggal 2 3 hari, rasa apa? Kosong? Rasa bersalah? Rasa berdosa?

Aku suka bila Allah berikan rasa berdosa dalam diri aku bila aku tinggal al quran. Aku rasa tak tenang dan rasa bersalah. Rasa berdosa bagaikan al quran itu WAJIB dibaca. Aku suka perasaan tu, sebab aku tahu Allah masih sayang aku dan nak aku sentiasa dekat denganNYA. 

Tapi, ada dan mungkin ramai antara kita, mungkin juga termasuk diri aku yang terkadang terlalu lama meninggalkan amalan harian kita. Dolu baca quran 5 pages per day. Lepastu lama-lama 3 pages dan 2 pages lastttttttttttttt sehelai pun tak baca. Bukan untuk sehari tetapi untuk seminggu. Masa tu, dalam masa seminggu, dengan sendirinya kita akan rasa serba serbi tak kena. Akan rasa benda tu salah benda ni salah, emosi tak stabil, rasa tak tenang etc. Banyak. Tu belum lagi bila kita tinggalkan zikir, sedekah dan dhuha atau taubat. 

Kita akhirnya cuma solat fardhu 5 waktu tu pun cepat cepat. 
Solat, siap dan tanpa zikir walau hanya 11 kali. 
Tiada lagi selawat untuk Nabi SAW. 

Masa tu, kita hakikatnya dah jauh. Jauh dari Allah. 

Tapi baiknya Allah...

Allah tak hukum terus kita ni.. Allah gives us time. Allah sentuh lembut hati kita. Sebab Allah tahu siapa kita sebenarnya. Allah sentuh lembut diri kita yang semakin lalai. 

Bagaimana cara Allah sentuh lembut diri kita yang lalai ni?

Bila kita tengok orang miskin, tengok pengemis, gelandangan..kita rasa sedih, kita tiba-tiba rasa kita ni tak pernah betul betul bersyukur sebelum ni walhal tengok dari jauh je pengemis tu..tapi perasaan macam nak nangis. Perasaan bersalah bertubi tubi hadir dalam diri terhadap Allah..sebab selama ni makan minum mewah tapi nak ucap syukur pun tak. Kadang doa makan pun tak baca terus ngappppppp. Bismillah sebelum makan? Ahh. Jauh sekali. Dalam masa yang sama, kita rasa sedih sebab dah lama kita tinggalkan Allah.. solat tapi hati tak hadir. Quran sekadar pandang tetapi tak baca... waktu tu..kita sedar yang kita dah jauh gila dari Allah... Macam macam perasaan kita masa tu.. 

Kedua, duk asyik scroll newsfeed facebook.. tetiba la pulak terbaca status si fulan tentang agama.. tentang solat,  tentang al quran, tentang ibadah sunat dan lain lain. Masa tu kita pun tertarik nak baca dengan sendirinya. Ahh pelik pulak. Sebelum ni takde pun status dakwah yang berjaya menyentap hati tapi hari ni tupp tupp terjumpa status dakwah yang superdeep. Kita pun baca..bila baca... dengan sendirinya kita rasa malu dengan diri sendiri. Rasa menyesal sebab dah lama abaikan ibadah-ibadah sunat yang sebelum ni jadi ibadah wajib buat diri kita. Allah... malu malu malu. Rasa nak hentak kepala kat dinding. Heeeeeeheee.

Ketiga, bila kita nak tidur, kita muhasabah diri tanpa sengaja. Tiba-tiba datang imaginasi malaikat maut datang menjemput.. tiba-tiba rasa kita ni tak bangun lagi kalau tidur malam ni sampaikan rasa macam takut takut jee nak tidur. Kita pun mula memikirkan dosa-dosa kita pada hari tu..dosa..pahala... dan terfikir fikir apakah solat solat kita yang cepat tu Allah terima? Dushhh sekali lagi rasa berdosa...rasa jauhhhh sangat dari Allah.. 

Keempat... kita puk pang puk pang bercakap dengan member dengan cousin.. gelak sana gelak sini gosipp gossssiiiipppp.. Tiba tiba tettttttt. Member bercakap tentang dakwah.. ingatkan kita tentang Allah..dosa pahala..syurga neraka.. member cakap tentang sikap lagha dan lalai kita ni.. masa tu...sekali lagi kita rasa.... Allah... banyaknya dosa aku..!

Gais, Allah menegur kita dengan lembut.. Allah hadirkan rasa bersalah dan rasa berdosa... Allah hadirkan perasaan serba tak kena bila kita gagal istiqamah..benar, iman itu naik turun..tapi Allah sentiasa ada. Baiknya Allah. Macam macam cara Allah tegur kita.. Sebab apa? Sebab Allah sayang lah. Allah nak kita kembali pada DIA.. Allah nak kita hidupkan kembali ibadah ibadah sunat yang sebelum ini kita buat tiap tiap hari....Dan bila kita tetiba stop...Allah tarik balik kita.. 

Allah..sayangnya Allah kat kita. 

Alhamdulillah, macam macam cara Allah tegur.. lain orang lain cara Allah tegur.. tak lain tak bukan sebab Allah sayang.. sebab Allah nak kita hidupkan hari hari kita dengan ibadah padaNYA. 

Bukan sekali Allah tegur..banyak kali... 

Baiknya Allah..
Sayangnya Allah kat kita..

Dahtu? 
Nak duduk diam sahaja atau mula bertindak dan cari balik diri kita, hati kita yang 
hampir mati?

Lekas!

Bangkit laaa ni jugak!

KITA MASIH PUNYA WAKTU ;D


Perancangan kita ni ialah usaha tau gais. 
Perancangan Allah ni sebuah takdir. 
Jangan pernah berhenti usaha.

Arachiii????





#BFS 

Lavender milk tu macam awesome je hahah!


So, nak kaitkan pasal jumlah followers dengan pasal bisnes kat ataih tadi. Kalau kita ghajin, kita usaha, kita betul betul serah jiwa raga kita on something... hasilnya sangat lumayan! 

Begitu juga dengan usaha kita untuk kekal istiqamah, jaga ibadah kita... pahala berlipat ganda, syurga ganjarannya! MasyaAllah! Sangat best kan? 

Kat dunia ni rajin bisnes, insyaAllah maju.. rajin blogwalking pun followers meningkat...apatah lagi kalau kita jaga ibadah wajib dan 'wajibkan' ibadah sunat ke atas diri kita. Syurga memang kita tak nampak sekarang, tapi esok-esok.. fehhh! Tak tergambar, sayang!

Semuanya kerana USAHA. 

Hadam sebaiknya : )



14 Jun 2016
Blvckrossee.

Assalamualaikum!

Sunday, 5 June 2016

AS A DAUGHTER...

Assalamualaikum!

Salam Ramadhan.

Malam ni cuma nak share tentang perilaku seorang anak perempuan. Siapa pun kita, pastinya kita membesar depan mak ayah, for those yang sempat rasa membesar depan mak ayah, itu satu nikmat. Anugerah Allah kasi kat kita. Alhamdulillah!

Aku anak perempuan tunggal. Yang lain semuanya lelaki. Hidup umpama pincess giterr kat rumah. Haha. Tapi my mom jenis yang sangat jaga adab dan akhlak. Sejak kecik my mom akan pesan macam-macam. Sebab apa?

Sebab awak tu anak perempuan.

First, pakaian. Pakaian kita depan ayah dan adik beradik lelaki. Walaupun masa tu masih kecil, taktahu apa apa, tak belajar selok belok aurat apa semua, tapi my mom selalu pesan, lepas mandi make sure tutup seluruh badan. Jangan tonjolkan tubuh depan ayah or adik beradik. Walaupun tak baligh lagi dan baru darjah 1 2 gitu, tapi my mom ajar rasa 'malu'. Bila tengok orang sekeliling aku yang tonjol tubuh depan ayah lepas mandi ke, nak mandi ke, aku pulak yang jadi malu. Terus tegur, 'Ishh jaga! Nanti ayah kau nampak tubuh kau'. Kalau pintu tak berkunci, terus aku kuncikan pintu.

Pernah aku pakai seluar pendek paras paha dalam rumah. Kebetulan ayah baru balik kerja. My mom cepat cepat tegur, 'Salin seluar tu. Seluar tu pendek sangat'. Aku pun lelaju salin seluar. Pakai seluar panjang. Masa tu muda lagi. Kalau dikira, puasa pun tak layak lagi. Hahaha mentang mentanglah esok pose! Tetapi, apa yang boleh aku highlightkan kat sini, sebab didikan my mom tu la, aku bawa sifat malu tu sampai sekarang. Bila pakai seluar pendek, walhal paras lutut sekalipun, ada rasa malu yang teramat. Rasa tak selesa. Seriously, ini yang membuat aku rasa selamat. Selamat dan selesa.

Kita sesama perempuan, terdedah tu okaylah. Depan mak, sepupu. Tapi depan ayah, sepupu lelaki even rapat gila pun kena jaga pakaian. Adab kita berpakaian. Bila kat dalam bilik, haaa ikut la kan nak pakai apa sekalipun. Singlet ke, seluar pendek paras paha ke.. sebab takde orang nampak.

And... kalau lah awak pakai baju yang lehernya saiz besor.. sampai boleh nampak benda tak patut, so jaga jaga. Kalau rasa leher baju tu ke bawah, terus naikkan ke atas. Tutup molek molek giterr deh deh? Nak selesa, pakai lah baju yang leher baju tu tak luas and besar..

Bila dah semakin tua ni... *i just 20 okay hahaha* aku dengan sendirinya boleh simpulkan kenapa my mom suruh jaga sangat pakaian depan orang lelaki ni tak kisah lah darah daging sendiri pun. Ada batas batas pakaian kita kena ikut, jaga dan amalkan. News hari ni..zaman laaa ni.. ayah rogol anak.. abang rogol adik, adik rogol kakak...sepupu rogol sepupu..atuk rogol cucu.. macam macam, sayang!

Yes, kita tahu ayah, abah, daddy, papa kita tu sangat baik. Berharga, caring, penyayang dan superb daddy lah..tapi.. tetap..kita sebagai anak perempuan kena jaga elok elok. Dan dalam Islam sendiri pun, ada adab berpakaian dalam keluarga kan? Haa see! Semuanya behikmah, sayang!

Nak dedah sana sini, depan mak kakak sepupu adik perempuan, go on. Tapi, depan adik beradik laki, jaga. Ya, ada kelonggarannya tapi tetap kena jaga. Duduk depan tv contohnya, kalau pakai kain batik tu..make sure jangan dok terkangkang sesuka hati.. kalau kain terselak, terdedah paha ke, terus betulkan.

Arachii?

Dulu ada classmate ni.. laki.. dorang berdua ni besprengg giter. Si A ni ada cerita..masa tu tengah sembang. Tak tau la lagumana dia boleh terkeluaq pasal aurat perempuan. Dia story..masa tu si A ni pergi rumah Si B... Si B ada kakak. Cantik orangnya. Masa tu kakak si B ni baru lepas mandi. Pakainya just tuala sahaja selepas mandi tu. So Si A ni pun confirmlah nampak kan? Kan?

Jadi? Nampak tak kat situ? Heheheh.

Bila kita dah terbiasa dedah, kita takkan rasa malu depan orang hatta tu kawan adik kita. Adik kita tu, walau muda sekalipun, dia lelaki. Kawannya juga lelaki. Lelaki ni BERNAFSU. Kita perempuan pun ada nafsu apatah lagi lelaki.

Jadi, tak ke malu? Malu sangat sayang sebab lelaki nampak seorang gadis berkembangggg selepas mandi walhal depan ayah dan adik beradik kita sendiri pun kita kena tutup ☺

Pentingnya didik rasa MALU dalam diri setiap wanita.
Copp. Bukan wanita sahaja. Tapi, lelaki jugak.

Sebab tulah.

Perempuan kena jaga diri, tutup aurat.
Lelaki, kena tundukkan pandangan.

Bermula dari rumah, didik rasa malu tu.

As a daughter...

Jaga maruahmu!
Jangan tonjolkan..

Adik adik or bang bang kita kat rumah tu.. kalau kat rumah dia dah terdedah dengan 'keseksian' anak dara... lama lama bahaya. Jadi, kita didik diri kita dan dalam masa yang sama kita mendidik adik adik atau bang bang kite jugak. Dorang tak terdedah dan menjaga dan sekaligus menghormati maruah perempuan dan kita pun insyaAllah...selamat...

Just my 2 centttttttt.

Selamat Malam!

By Blvckrossee.

Tuesday, 31 May 2016

APABILA TIADA ILMU...

Assalamualaikum. 

Allahuma solli a'la Muhammad.

Tertarik dan masih lagi mencintai kisah kisah hijrah. Hijrah seorang muslimah who wants to be better. A girl who sees nothing in life but then she realised that Allah is more powerful. Allah Maha Agung Maha Esa. Pemilik segala galanya. 

Berbekalkan sebuah kisah, aku garap dan kongsikan buat semua. 

"Aku tak tahu nak mula bagaimana. Kau lihat orang sekeliling kau bagaimana? Kau yakin tak kawan kawan atau yang kau panggil kononnya bff sampai mati tu akan stay dengan kau bila kau dah berubah? Kau confident tak? Kawan kau tu bertudung dan behave lah orang kata. Tapi kau yakin tak bila kau nak berubah, dia akan support kalau dan langsung tak ungkit siapa kau dulu?"

Diam. 

"Aku dulu free hair. Pakai tudung bila ke sekolah saja. Tapi free hair aku pun, aku tak pakai baju yang tak tutup punggung. Walaupun agak ketat, aku tetap menutup pinggul aku ni. Aku dulu warnakan rambut. Kau faham faham jela kan bila kita takde ilmu dan kawan rapat yang ada dengan kau pun takdelah nak tegur ke nasihat ke..kau lagilah syok buat dosa. Sebab tak berilmu. Kau mungkin ada kawan yang baik, selalu ada susah senang gelak tawa nangis tetapi belum tentu diorang boleh tegur kau. Kawan baik yang pengecut. Bunyinya kasar tetapi kau tahu tak, bila kau berkawan baik dengan sesiapa sekalipun, hubungan dah macam adik beradik, kau nak tak nak kena tegur kawan baik kau tu bila dia tak tutup aurat dengan sempurna. Betapa ruginya kau bila kau berkawan baik. Ada kawan yang saaaaaangat rapat tapi kau tak manfaatkan peluang yang ada untuk spread dakwah. Lastly, kawan kau terkontang kanting sendiri. Tanpa ilmu dan sokongan walhal kalau kau selami hati kawan kau tu, dia nak berubah, Tapi dia taktahu nak mula bagaimana, nak tutup apa, nak buat apa dan memang kawan kau takde ilmu. 

Dia tatau kaki tu aurat. 
Dia taktau tudung kena labuh dan tutup dada. 
Dia taktau sanggul tak boleh tinggi, baju tak boleh jarang, rambut tak boleh warna. 

Point dia, kawan kau tatau pun.

Dan sebagai kawan, kau nak lihat kawan baik kau hidup tanpa ilmu?
Kita hidup di zaman serba moden, banyak cara kita nak dakwah kawan. 
Dan sememangnya pengorbanan itu perlu. 

Kau tahu tak? 
Aku boleh dikatakan pelajar yang pandai. Dapat masuk boarding school. Aku awalnya masih terbawa sikap jahil aku tu kat sana tetapi aku hakikatnya ditarbiah dengan suasana di sana. Tapi sebenarnya, suasana tarbiah disana tu jatuh nombor dua. Nombor satu ialah, aku ada senior yang sentiasa nasihat aku tentang aurat, Bila dia tengok aku pakai baju kurung ketat, dia tegur aku. Walau dengan baik, lembut dan berkias, aku faham. Aku cuba dan berubah seperti apa yang senior aku tegur. Bila aku tak pakai handsock, dia tegur dan gitau aku lengan tu aurat. Bila aku tak pakai stoking, dia tegur aku cakap kaki tu aurat. Bila aku singsing lengan baju, kawan kawan aku dan senior aku akan tegur aku suruh jatuhkan balik lengan baju tu. 

Why?

Sebab tu aurat :)

Aku sememangnya tak lari daripada rasa malu dan susahnya nak berubah. Tetapi disebabkan aku punya dorongan yang kuat daripada orang sekeliling walaupun aku tak minta mereka ajar aku berubah, walaupun aku tak cakap aku nak berubah jadi seorang muslimah yang solehah, tapi senior senior aku, kawan kawan yang baru aku kenali tu cukup kuat dan berani mentarbiah aku. Mereka selalu tegur setiap kali aku melakukan kesilapan. Atau lebih tepat lagi, buat dosa. Aku sedar merekalah insan yang hebat. Insan yang takmahu saudara sendiri ke lembah neraka. Insan insan yang nak lihat saudaranya dekat dengan Allah SWT. 

Aku dulu solat pun tak cukup. Aku ni nak angkat tangan berdoa jauh sama sekali. Boleh kira dengan jari la berdoa berapa kali seminggu. Aku dulu sms dengan jantan tu jantan ni. Walaupun tak couple tapi kau tau tak sms calls apa semua tu tetap dosa. Tapi dulu aku TAKTAHU itu semua dosa. Yang aku tahu selagi tak berzina so tak berdosa. See! Betapa ramainya yang TIADA ILMU. JAHIL ILMU. Pergerakan aku terbatas. Walaupun aku tidak tutup aurat dengan sempurna, solat terkontang kanting tetapi aku bukan perempuan yang keluar dengan jantan, bukan perempuan yang boleh dipegang sana sini. NO. Aku sedar maruah aku, diri aku sememangnya untuk insan yang bergelar suami, Aku memang tak ada experience dating dengan pakwe pun walaupun dulu pernah juga couple di sekolah tetapi kalau terjumpa kat mana mana tu so waktu tu jela jumpa. Takdelah berhuhu hahaha bersweet sweet tu. Aku geli tau. Takde maknanya nak keluar makan kat mana mana lepastu call sampai pagi buta. Dan takde maknanya nak tukar tukar jantan. Couple dengan si A lepastu putus couple dengan orang lain pulak. 

Tetapi, apa yang boleh aku simpulkan, bila aku solat, aku akan berdoa agar Allah beri aku hidayah dan petunjuk. Yes, aku kurang berdoa tetapi bila berdoa, aku nak sangat aku dapat hidayah. Tak kiralah masa mana sekalipun. Aku akan berdoa agar Allah beri hidayah pada aku. Aku sejujurnya taktau apa itu hidayah. Apa skop hidayah atau hidayah tu macam mana sebenarnya, Tapi aku tak tinggal doa 'Ya Allah berikanlah aku hidayah'. Aku cetek ilmu. Aku taktahu macam mana nak dapat ilmu tu. 

Bila aku dah mulai hijrah, ada dari kalangan kawan baik aku inilah yang bertanya soalan bodoh, yang mengejek dan menyindir. 

"Eh dah tudung labuh ea sekarang?"

"Betul ke dulu tak pakai baju ketat?"

"Kau dah berubah ea?"

Memanglah, kalau kau dengar apa aku cakap tu tak bunyi mengejek. Tapi kau tau tak nada diorang cakap dan wajah dia macam mana? Macam minta ditampor tau.

Masa tu aku geram nak jawab, 

"Yang kau ni bila lagi hijrah? Asyik tukar jantan. Kau tahu rambut tu aurat dan haram dilihat so macam tu jugaklah couple. Jumpa sana sini ikut jantan. Tak malu ke?"

Tapi, ia sekadar di dalam hati. MALAS aku nak fikir tentang 'kawan baik' yang so sweet tu. Aku senyum je. Dia banyak tanya soalan yang bagi aku, 'Hey kau tak perlu tanya lah weh. Soalan kau tu berunsurkan sambal lada yang superpedas. Kalau aku lemah semangat dah lama aku give up'. 

Itu baru soal 'kawan kawan baik'. Belum lagi mulut lain yang mengata. Kau tahu tak, bila kau benar benar faham, kenali mereka yang baru berhijrah or dah hijrah ni, banyak liku dorang kena lalui. Dari mulut kawan perempuan sampailah kawan lelaki. Kadang tu, aku rasa mulut kawan kawan yang berjantinakan lelaki tu dah jadi perempuan kau tau. Mulut laser gila. Aku terkadang ada fikir, macam mana dia nak pimpin dan didik isteri atau anak anak nanti dengan sikap sedemikian? 

Aku cuba sarungkan tudung labuh. Aku rasa bahagia gila. Aku rasa aman je dunia. Rasa best entahlah aku sukar nak cakap. Memang lain gila rasanya. Rasa nyaman, tenang. Tapi kemudian datanglah berbisik syaiton durjana pada aku...aku tiba tiba rasa malu nak pakai tudung labuh. Masih terngiang ngiang mulut mulut orang sekeliling kata aku macam macam. 

Aku perbaiki solat aku. Aku tak tinggal solat sunat hajat. Macam macam aku doa aku pohon lebih lebih lagi kekuatan mental dan fizikal aku. Aku lemah dan sebenarnya aku taktahu nak rujuk siapa. Tetapi, miracle happens. Allah tu Maha Mendengar. DIA akan hadirkan kau dengan insan insan yang boleh tolong kau, pimpin kau dan support kau. DIA permudahkan segala urusan aku dan aku lihat BANYAK HIKMAH yang tersembunyi di awal hijrah aku. 

Tapi satu je aku nak gitau kau, kau jangan putus asa. Kau boleh menangis bersedih dan buatlah apa sekalipun tetapi jangan pernah give up. Waktu kau hijrah tu lah kau boleh tengok mana madu mana racun. Mana stay mana tak. Mana beri beban mana beri sokongan. Kalau kau give up, kau rugi dan sangat sangat rugi.

Berdoalah untuk hidayah dan petunjuk. Allah dengar doa doa kau. Bersangka baiklah. Macam macam ujian yang kau akan lalui tetapi Allah sentiasa ada untuk tolong kau. Bila aku dah lama tinggalkan kehidupan jahil aku, aku boleh buat konklusi tentang banyak hal terutamanya friendship. Kau boleh lihat kawan kawan kau yang baik dan perfect tetapi masih melakukan dosa yang sama. Aku tak perlekehkan mereka. Cuma, inilah masa untuk sampaikan ilmu sebagaimana sewaktu aku jahil dulu, Allah hadirkan insan insan yang menyampaikan pelbagai ilmu buat aku. Aku kena bertindak sekarang dan berusaha mencari ilmu. Bukannya kena berdiam diri dan let go dengan hijrah aku ni je. Aku perlukan ilmu dan aku juga perlu sampaikan ilmu. 

Aku kena grab peluang untuk sampaikan ilmu dan give the best to others. Aku tak mahu berdiam diri dan hanya guna dan amal ilmu sorang sorang. Kau tahu tak, betapa kita dahagakan ilmu. Betapa kita perlukan ilmu dan betapa kita perlukan ALLAH SWT. 

Sejahil manapun kau, kau kena sentiasa ingat untuk mohon hidayah dari Allah. Jangan buat benda haram. Hijrah ni memang perlu pengorbanan. Ya aku tahu kau sentiasa dengar ayat tu...'hijrah perlukan pengorbanan' tetapi yang pernah melalui betapa pahitnya hijrah memang akan benar benar faham dengan ayat aku tu. Pengorbanan bukan sekadar ayat tetapi dalam pengorbanan itu kau perlukan kekuatan yang maksima. Kau perlu tinggalkan semua yang boleh buat kau diheret ke neraka. 

Kau tahu tak apa yang paling aku menyesal?

Bila aku tak mampu jadi anak yang solehah buat ayah aku sejak dulu lagi. Aku tahu, dosa dosa aku buat ni akan mengheret ayah aku ke neraka. Aku sedih kenapalah sekarang baru aku sedar semua tu. Tetapi, aku tahu dan sangat bersyukur..sekurangnya aku tahu betapa pahitnya dan jahilnya aku dulu dan dengan KUASA ALLAH SWT sahaja aku mampu berubah sebegini. Sungguh, Allah itu Maha Agung. Allah...aku tak terfikir aku mampu berjalan sejauh ini dalam hijrah aku. Tapi, masih...aku perlu banyak ilmu. Aku perlu bantu saudaraku yang senasib denganku. 

Kita ni, memegang title kawan, sahabat. Kita sebagai kawan sebagai sahabat kena tolong kawan kawan kita yang lain. Slowly. Tolong sampaikan ilmu. Aku yakin ramai yang masih tidak diberi pendedahan tentang aurat. Aku tahu masih ramai yang cetek ilmu. Sebab tulah pentingnya kita sebagai ummah kena sampaikan ilmu. Serious aku cakap, jangan abaikan tanggungjawab untuk kita sampaikan dakwah. Walau apa jua cara sekalipun, sampaikan pesan, nasihat dan dakwah.

Orang tak lari daripada judge kau. Orang yang baru kenal sekalipun, bila dia dengar pasal diri kau yang dulu tu, ada yang akan bercakap about your past tetapi ada juga yang melihat siapa kau sekarang. Tapi semua tu tak penting. Yang penting kau mampu istiqamah. Kau mampu bawak diri ke jalan yang benar dan paling penting kau sanggup tolong ummah!"


Pastinya banyak kisah kisah hijrah yang  boleh membawa manfaat buat semua :) 
InsyaAllah, bakal share banyak lagi. 

Jom!
Kita belajar daripada orang lain. Kita pelajari dan travel dalam kehidupan orang lain. 
Banyak pengajaran yang bakal kita nikmati dan cukup membuatkan kita rasa kerdil. 


Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali...
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain...
Itulah hakikat manusia!
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan...
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu.
Itulah Dia Allah!



TheBlvckrossee. 
http://blvckrossee.blogspot.com/
















Friday, 22 April 2016

MOCA KELANTAN 2.0

Bismillahirahmanirahim.



Ini lagi satu entry yang bersarang dalam document. Bukan ndak mau post tapi menunggu hampir 2 bulan untuk kemaskini kesemua entry lepas dan update wajah blog yang dulunya kaler biru grey gitu dan laa ni kaler pink gitu. Kalau dulu blog sarat dengan cerpen dan tips, tapi semua tu dah padam. Malu iols baca entry sendiri. Macam budaks.  

Kempen Cantik di Mata 2.0 atau KCDM 2.0 yang berlangsung pada 13 Feb 2016 lepas alhamdulillah, Allah makbul doa aku untuk ikut serta. Pada waktu yang sama juga alhamdulillah dapat sumbang melalui pamplet. 1000 pamplet aku fotostat dan lipat dibantu oleh kawan hahha.Siap jugak dalam seminggu tu.

Sebelum street dakwah, kami dibahagikan ikut kumpulan A B C. Boleh pilih sendiri hahhaa. Aku cepat cepat tarik Kak Ros kesayangan untuk sama kumpulan dengan aku. Takmau lepas! 5 tahun kenal tapi tak pernah jumpa dia. Alhamdulillah jugak haritu Allah permudahkan kawan kawan aku ikut sama. Seminggu dok pusing cari kawan mana lah yang boleh join sama. Hat tu kerja, hat tu tak dapat cuti.

Tangan kami penuh dengan stoking, stongan, pamplet, kuih muih dan flyers untuk diedarkan pada sesiapa sahaja. Masa inilah kami diuji sedikit dengan ragam manusia yang barangkali sukar menerima atau salah faham dengan tujuan kami. Ramai yang menganggap kami ini peniaga sehinggakan ada yang terlebih dahulu bertanya,

"Tak kena bayar kan?"

"Mak cik taknak beli"

Kami senyum, segera jelaskan tujuan kami yang sebenar. Tersenyum pula mak cik mak cik bila mendengar penjelasan kami. Alhamdulillah.

Aku dan team berjalan dari kedai ke kedai. Asal jumpa sahaja, kami kasi. Terangkan sedikit sebanyak tentang kempen ini, apa tujuan kami dan apa yang kami perjuangkan. Alhamdulillah. Allah tolong kami. Allah permudahkan usaha kami. Alhamdulillah, ramai yang menerima. Ramai yang ucap syukur.

Habis bekalan, kami bergegas ke Pasar Siti Khadijah. Topup balik edaran. Ahli MOCA ada dimana mana. Ada yang sanggup berdiri di tengah tengah bandar sambil memegang banner, ada yang sanggup berjalan kehulu hilir untuk menyampaikan pesan dan dakwah. Allahuakbar! Rasa kagum dengan mereka! Tersentuh dengan usahasama ahli MOCA yang langsung tak nampak letih atau mengeluh. Masing masing bersemangat!

Pasar Siti Khadijah ialah destinasi kedua team kami. Aku, Kak Ros dan kawan kawan aku ambil keputusan untuk edarkan pamplet, kuih, gift tu dalam pasar pada orang ramai. Dari awal lagi, aku berharap agar masyarakat akan menerima apa yang kami beri tapi inilah yang dinamakan ujian. Kita tak dapat jangka orang akan terima ataupun tidak pemberian kita. Orang tak semestinya nak dengar apa yang kita nak sampaikan. Tapi letakkanlah pengharapan yang penuh pada Allah dan doakan mereka yang enggan menerima. Mereka pasti punya sebab tertentu. Kita? Kena teruskan berjuang. Hidayah milik Allah.

"Apa ni dik?" tanya seorang pakcik dalam likungan umur 40-50an. 

Kami jelaskan sedikit sebanyak. Pak cik kusyuk mendengar. Kami beri gift pada pak cik, minta agar pak cik berikan pada anak anak perempuan pak cik. Apa yang menyentuh hati ialah apabila pak cik tu meminta pamplet lagi dari kami. Katanya dia nak kasi dekat anak. Nak anak dia baca.

Alhamdulillah.

Saya kagum dengan sikap pak cik.
Seorang ayah yang hebat!

Ada juga seorang anak muda, lelaki, bertanya pada kami tentang kempen yang kami adakah. Apa tujuan dan perjuangan kami, apa yang disampaikan dan macam macam lagi. Masya Allah. Suka bila ada yang bertanya lagi lagi anak anak muda yang mungkin sebaya kami. Dan, saya kagum dan bersyukur dengan sikap non muslim yang menyokong usaha kecil kami. Siap kasi hon dan mengangkat tangan lagi. Alhamdulillah.

Part yang paling menyentuh hati ialah bila aku ke booth MOCA. Ramai yang ingin mencuba jubah dan ada juga yang mencuba untuk memakai purdah/niqab. Alhamdulillah! Aku suka melihat suasana sebegini. Suasana yang menyatukan hati ummah pada jalan dakwah. Bangga melihat mereka yang sudi singgah!

InsyaAllah, ada masa lagi, nak join lagi. Hihi. Ni kena prepare awal awal. Mental lebih lebih lagi. Nak ke sini pun berdebar debar nak minta izin dengan abah. Abah ni satu je, kalau mintak nakpi mana mana, dia tak cakap boleh ke tak tapi soalan pertama dia,

"Siapa lagi yang pergi?"

Dan biasanya abah benarkan kalau ramai hahaha.






Alhamdulillah! Kenangan terindah!

The Blvckrossee. 
8 Mac 2016





Tuesday, 19 April 2016

PERTUNANGAN

Pertunangan itu ibarat selangkah lagi untuk ke alam perkahwinan. Namun berapa ramai antara kita yang mengikat tali pertunangan tetapi diibaratkan sebagai pasangan yang sudah sah berkahwin?

Pertunangan tidak akan menutup segala yang haram lalu menghalalkan perhubungan. Pertunangan bukanlah sebuah tiket khas untuk kita bersentuh-sentuhan, duduk rapat rapat dan keluar berdua dari pagi sehingga petang.

Pertunangan bukan juga semata mata untuk menyatakan dia ialah milik kamu buat selamanya. Boleh jadi kamu dan dia tiada jodoh. Boleh jadi kamu dan dia bertengkar sehingga membatalkan perkahwinan. Boleh jadi kedua keluarga pasangan mewujudkan konflik.

Pertunangan, jagalah hubungan itu dengan agama. Bukan menjaga hubungan itu dengan nafsu dan lupa bahawa perhubungan itu jelas dan nyata, ia
haram.

Saya ingin mengulang ayat ini, bertunang tidak menghalalkan hubungan. Jangan sampai kita lupa sehingga hubungan yg asalnya itu 'tunang' tanpa sedar berubah seperti kalian sudah 'bernikah'. Haram tetap haram.

Kasih, sayang mahupun cinta sekalipun, kamu dan dia bukanlah pasangan suami isteri. Jika kamu bertunang dan merancang untuk berkahwin pada usia yang muda, itu ialah rezeki buatmu. Tetapi, harus diingat bahawa pertunangan tidak menghalalkan hubungan. Batas pergaulan antara kamu dan pasangan itu sangat perlu dijaga sebagaimana dituntut oleh agama. Biar kita pandai bezakan keinginan yang halal dan haram.

Memilih pasangan, bukan bermakna ingin hidup bersama semata mata. Ia juga melibatkan bagaimana kamu dan pasangan kamu mendidik anak anak kamu kelak. Perbaiki hati, diri dan kejarlah ilmu agama. Lakukan persiapan. Tambah ilmu setiap hari. Mantapkan diri kamu dengan hijrah dan beristiqamahlah.

Sahabat, coretan ini bukan memerli. Bukan juga berniat menyakiti. Cuma, berpesan dan menasihati. Bimbang dan takut andai kita tersungkur. Ingatlah, setiap peristiwa yang terjadi, tidak mungkin dapat diulang kembali.

#blvckrossee
#aprilempat

Saturday, 16 April 2016

L A L A N G

Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah”
(Riwayat Muslim)

Aku masih teringat pada kata kata sahabatku tentang maksud tersirat ‘lalang’. Pada mulanya Mama Nida dan Sir Faiz menyuruh kami membina ayat tentang ‘lalang’ yang mana lalang ni sifatnya boleh disandarkan kepada sifat manusia. Mungkin ramai yang tahu bahawa lalang ini sifatnya tak berpendirian. Ditiup angin ke kanan maka ke kananlah ia. Kalau dipukul angin ke kiri, maka ke kirilah ia. Aku berfikir panjang. Apalah aku nak buat dengan maksud tersirat ‘lalang’ ni.

Zzup! Dapat idea! Maka aku karang tiga ke empat perenggan. Sebelum tu aku ada meminta pendapat sahabat aku itu. Kenapa aku meminta pendapatnya? Kerana setiap jawapannya amat unik bagi aku.

Aku tanya,

“Lalang ini maksud tersiratnya bagaimana?”

Jawab sahabatku itu,

“Cuba tengok lalang tu. Lalang ni tiada apa apa manfaat pun sebenarnya malah menyusahkan. Meskipun kosong, tiada manfaat, tiada apa apa, dia tetap meninggi. Macam manusia jugak. Walaupun kita tidak punya apa apa tapi tetap meninggi diri,”

Tergamam. Tersentap. Semua ada. Okay.

Selama ini, aku fikir lalang itu maksud konotatifnya ialah tidak berpendirian. Rupanya ada maksud tersirat yang tak pernah aku fikir. Benarlah, lain orang lain pemikirannya. Lain orang, lain caranya. Yang pasti, biarlah pemikiran kita ini punyai satu destinasi iaitu menuju redha Ilahi. InsyaAllah.
Berbalik kepada jawapan sahabat aku itu, lalang ni boleh pula dia kaitkan dengan sifat manusia yang meninggi diri. Iya. Lalang itu berada di bawah kita. Kita pijak hari-hari tapi dia tetap meninggi. Dia tetap tumbuh subur. Fikir punya fikir. Yes. Ada benarnya. Personafikasi bagi lalang itu benar-benar tepat dengan sifat kita sebagai manusia yang sering meninggi diri, sombong, takbur, riak dan ujub. Bukan sahaja dengan Allah Azzawajala tetapi juga dengan manusia sekeliling. Allahuakbar. Aku tersentap sendiri memikirkan jawapan sahabatku itu. Sekecil-kecil benda pun boleh jadi sebuah pengajaran yang besar dan berharga. Sungguh! Allah itu Maha Agung.

Syukran Mama Nida dan Sir Faiz diatas task tu. Sekurang-kurangnya dengan perkataan ‘lalang’ itu menjadi sebuah inspirasi buat saya menulis tentang rezeki. Beberapa tema wajib yang telah kami hasilkan ialah REZEKI. Tak sangka pula hadirnya inspirasi melalui ‘lalang’. Cepat-cepat jari jemari aku menyusun aksara.

Baik,

Pernahkah kita memikirkan tentang nikmat dan anugerah yang Allah beri buat kita? Bagaimana kita mensyukuri segala nikmatnya? Bagaimana dengan amal ibadah kita? Solat, aurat, puasa, sedekah dan lain lain? Kita sebenarnya dalam kategori yang mana? Apakah kita ini 50-50 dengan Allah?
Terkadang solat terkadang tidak.

Yang perempuan bila dah boleh solat tapi sengaja lambat mensucikan diri.
Bertudung labuh berjubah longgar tetapi karam dalam lautan pujian ajnabi.
Yang nampak baik dan lemah lembut tetapi berhasad dengki.

Banyak lagi.

Setiap hari, kita bangun dari tidur, kita nampak wajah mak ayah. Kita bangkit dari tidur, ada lauk pauk yang terhidang. Kita bangkit dari tidur, ada bermacam jenis pakaian yang boleh kita pakai. Kita bangkit dari tidur, kita masih punyai tangan, kaki, mulut, hidung, mata dapat melihat dan telinga yang boleh mendengar.

Persoalan saya, apakah kita betul-betul bersyukur dengan apa yang masih kita miliki? Ataupun kita masih ditahap yang sama iaitu kita masih sombong dan takbur dengan nikmat yang Allah beri pinjam dekat kita?

Saya, seorang yang tidak suka dengan insan yang bersifat ‘kurang ajar’.
Tetapi suatu hari saya ada terfikir. Aku tidak suka kepada mereka yang kurang ajar. Tetapi bagaimana coraknya hubungan aku dengan Allah? Apakah aku ini KURANG AJAR dengan Allah yang memberi rezeki kepada aku tidak putus-putus?

Apakah aku mentaati Allah sebenar-benarnya?
Apakah aku ini hambaNYA yang solat awal waktu?
Apakah aku ini hambaNYA yang sering bersedekah?
Apakah aku ini mendahulukan Allah daripada perkara-perkara yang lain?
Apakah amalan aku ini semuanya ikhlas?
Apakah aku menunaikan solat dhuha setiap hari sebagai tanda syukur aku kepada Allah?

Dan bermacam-macam lagi yang aku fikirkan. Bagaimana rupanya sifat aku dengan Allah. Apakah aku ini sangat kurang ajar dengan Allah. Apakah dengan kesenangan dan kemewahan yang Allah beri kepada aku ini, aku meninggi diri tanpa sedar. Allah…

Abah pernah berpesan pada aku, jangan kita lihat orang yang lebih dari kita. Nanti kita tak reti nak bersyukur. Lihat pada mereka yang kurang dari kita ni. insyaAllah, kita sedar dan tahu erti syukur.
Aku melihat, masih ramai yang tergila-gilakan artis negara lain. Sangat obses sehingga wajah-wajah idola mereka disimpan di dalam buku, ditampal dan sebagainya. Maaf saya ingin menegur, kita menggagung-agungkan mereka walhal mereka hanyalah manusia biasa. Kita memuji mereka dengan berbagai-bagai pujian tetapi yang jelasnya mereka itu tidak dapat memberikan contoh yang baik. Sekiranya sesuatu hal itu tidak mendatangkan manfaat kepada kita atau mengingatkan kita kepada Allah, maka sebaiknya kita jangan terlalu obses. Jangan terlalu mengagung-agungkan mereka. Saya beri contoh. Awak punyai suami. Tetapi awak bercerita tentang kebaikan ajnabi lain di hadapan suami. Aku cerita macam-macam. Puji macam-macam. Agak-agaknya, bagaimana perasaan si suami? Sedih. Kecewa.

Itu baru contoh manusia. Cuba pula kita ingat balik siapa kita? Kita hamba, sayang. Hamba Allah. Jadi kenapa kita letak Allah jauh dari kita dan kita memuji muja manusia? Kita kata kita sayang Allah. Tapi yang jelasnya kita terlalu obsess dan mengagungkan manusia. Kita kata Rasulullah SAW itu idola kita tetapi yang pasti setiap hari kita hafal lirik lagu mereka.

Cuba fikir sekejap. Kalau kita ada chance nak jumpa mereka. Apakah kita akan lakukan? bergambar? Hmm. Biasanya kalau jumpa bintang tersohor ni, kita rasa nak peluk, nak salam. Ini kisah benar. Ada seorang insan yang bertemu dengan artis korea. Dirinya seorang muslimah sejati. Sangat manis dan baik tetapi apabila bertemu dengan seorang artis korea yang dipuja oleh seluruh dunia, dia memeluk artis itu. Saya ulang. Memeluk. Memeluk. Allah..

Bila kita suka, kita puji, kita minat sangat-sangat, apapun boleh jadi. Mulanya nak bergambar. Selepas itu bersalam. Selepas itu peluk artis. Saya tidak kata semua tapi saya yakin ramai yang ingin bersalaman dengan artis kesukaan kan? Saya tidak menuduh tetapi saya tahu bagaimana perasaannya bila kita amat menyukai seseorang. Apatah lagi artis tersebut ialah idola dunia masa kini.
Pernah saya dan rakan-rakan sekelas terpilih untuk bertemu dengan angkasawan negara kita semasa saya berumur 12 tahun. waktu itu ramai anak anak muda seperti saya berebut rebut untuk bersalaman dengan angkasawan negara. Setibanya di sekolah, semasa kelas subjek sains, cikgu tiba-tiba habaq mai,

“Sesiapa yang bersalam dengan angkasawan negara tadi, balik rumah nanti solat taubat,”

Allah.. masa itu saya tak faham. Kenapa?

Oh. Bersentuhan dengan ajnabi rupanya...

Allah.. Alhamdulillah Allah jaga saya daripada berebut rebut bersalaman dengan ajnabi.
Perasaan saya, sejujurnya saya kecewa dengan sikap kita yang ‘kurang ajar’ dengan Allah. Kita tidak bersyukur sebenarnya dengan nikmat Allah beri. Kalau lah rasa excited kita berjumpa seorang artis itu ialah perasaan kita untuk bertemu dengan Allah dalam ibadah kita, Allahuakbar..betapa suka dan sayangnya Allah dekat kita. Kalaulah perasaan obsess kita terhadap artis-artis itu sehingga kita ingat nama, hafal lirik lagu artis tersebut seperti rasa obsess nak menghafal al Quran dan hadis, alangkah Allah suka. Rasulullah SAW suka. Sudah pasti, Rasulullah SAW akan bangga dengan umatnya. Allah SWT pasti sayang dan memberi rahmatNYA buat hamba-hambaNYA yang sentiasa ingat dan bersyukur padaNYA.

Jangan mencipta alasan. Alasan-alasan itu sebenarnya juga bisikan syaitan yang ingin kita semakin jauh dengan Pencipta. Jangan mempertahankan artis-artis, sebaliknya pertahankan AGAMA kita dan saudara seagama kita yang kini sedang berjuang bermati-matian demi agama. Jangan mempertahankan sikap kamu yang kononnya tidak terlalu obsess dan tidak salah minat pada artis tetapi sebaliknya fikirkan cara dan berusaha untuk mempertingkatkan ibadahmu kepada ALLAH. Setiap kali kita mencipta alasan, semakin jauh kita dari Allah. Apa kata, kamu kumpul ayat-ayat suci al quran, kamu tampal dan setiap hari kamu baca. Apa kata, kamu beli buku dan belajar hadis. Amalkan. Allahuakbar. Allah pasti suka.

Saya bukan hanya menyentuh tentang artis dari luar negara. Bukan. Saya menyentuh semua. Tidak kira artis negara apa sekalipun. Kita tidak salah berhibur. Tetapi, biar kena pada tempatnya. Kita jangan obsess, jangan terlalu excited pada sesuatu yang tidak memberi manfaat pada kita. Jangan sampai pada mulanya hanya suka dan minat biasa tetapi bila dah jumpa artis yang kita minati itu, terus kita rasa nak bersalam dan bergambar dekat dekat. Ingat wahai DAIE, kita punyai agama. Agama kita itu indah. Maka kitalah yang perlu menjaga imej agama ini. Jangan kita menduakan Allah. Jangan kita rasa terlalu excited dengan manusia sehingga terlupa Allah letak dimana. Allah, dalam hati. bukan kedua atau ketiga. Tetapi selama-lamanya yang PERTAMA DAN UTAMA.

Kenapa saya sentuh tentang isu artis?

Sebab fenomena ini masih segar dalam kehidupan kita. Kita sendiri boleh nilai. Kita sendiri boleh berfikir mana buruk mana tidak. Apakah kita layak dikatakan bersyukur tetapi kita tidak meletakkan Allah di dalam hati?  Cuba lihat dan selidik bagaimana sikap kita? Betapa excitednya dengan artis. Memuji muji. Namun dalam sehari, sekali pun kita terlupa untuk memuji Allah dan berselawat kepada Rasul.

Maaf, jika kamu masih beralasan, kamu akan memilih untuk mempertahankan pendapat kamu. Sekiranya kamu berasa sedar, kamu pasti mengambil langkah hari ini juga untuk perlahan-lahan berubah. Saya juga seperti kamu. Tidak lari daripada kelalaian. Sikap kita yang menggagung-agungkan manusia ini sudah cukup jelas menggambarkan bagaimana kita dengan Allah. Saya tidak kata, mereka yang alim itu tidak berhibur. Saya tidak kata, manusia yang bersyukur itu langsung tidak menonton drama. Tetapi saya menyentuh tentang sikap obsess kita dengan manusia sehingga kita tanpa sedar menduakan Allah.

Apakah kita ini bersyukur?

Allah beri kita macam-macam tapi benda lain pula yang kita utamakan. Solat diakhir waktu. Solat pun tergopoh gapah. Hidup senang tetapi sedekahnya jarang. Al Quran ada tetapi bacanya tidak tetapi, hal-hal lain boleh pula kita bersungguh-sungguh nak buat.

Apakah kita ini bersyukur?

Tanpa sedar, kita sombong dengan Allah. Tanpa sedar, kita riak, takbur. Kita lupa bersyukur dengan rezeki yang kita ada ini. Kita terleka, tak apalah, kita boleh kembali semula pada Allah. Allah Maha Penerima Taubat. Yakinlah. RahmatNYA melebihi murkaNYA. Cuba kita muhasabah diri. kalau kita tiada mata, bagaimana hidup kita? kalau kita tiba-tiba Allah ambil tangan kita, bagaimana agaknya hidup kita? kalau tiba-tiba kita tiada wang, bagaimana hidup kita? kalaulah kita tiada makanan untuk dimakan, bagaimana dengan kita?

Semua itu rezeki. Tubuh badan yang sihat itu rezeki. Dapat menatap wajah kedua ibu bapa itu rezeki. Ada abang dan adik itu rezeki. Ada kereta, ada kawan, ada rumah besar, dapat belajar..semua itu rezeki. Lahir sebagai seorang Islam, itu rezeki. Hari ini, masih dapat bernafas walaupun diri ini sarat dengan dosa, itu rezeki.

Jadi, jangan kita lupa. Jangan kita sombong. Takbur. Riak. Jangan kita meninggi diri. kita hakikatnya tidak punya apa apa. Esok-esok, syafaat Rasulullah SAW yang kita minta. Bukannya manusia biasa. Kita ni, nak apa apa pun kita minta pada Allah. Kita ini lemah. Allah itu Maha Berkuasa. Jadilah hamba yang ingat apa tujuan kita hidup. Apa yang kita perlu lakukan dalam hidup. Fikirkan destinasi terakhir kita.

Fikir. Fikir. Fikir.

Sudah cukup masanya kita agungkan manusia. Sudah cukup masanya kita dengan dunia jahil kita. kita perlu bertindak sekarang. Berubah perlahan-lahan. bertaubat diatas segala kelalaian dan kealpaan kita kepada Allah. Tanamkan rasa syukur yang sebenar-benarnya. Syukur, syukur, syukur. Syukur dengan rezeki Allah bagi. Kalau DIA nak ambil semula, sekejap sahaja. Jangan kita salah gunakan nikmat yang Allah beri. Jangan pula kita berhasad dengki. Setiap orang lain ujian dan rezekinya. Jadilah manusia yang bersyukur.

Gunakan nikmat yang Allah beri untuk ke arah kebajikan. Niat kita untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Berubah. Tuntut ilmu. Kita ini sebenarnya banyak lagi kena cari ilmu. Kena gali kena belajar kena amal. Jangan kita jadi manusia yang sombong. Sombong dengan Allah dan manusia sekeliling kita. Buang rasa riak dalam hati. sesungguhnya rasa sombong riak takbur itu hanyalah menjauhkan diri kita dari Allah. Dan pasti, ia adalah sifat tercela.

Kalau harini minta duit dengan ayah, ayah beri RM100 sahaja, bersyukurlah. Sekurang-kurangnya ayah masih mampu beri wang RM100 walaupun kita memerlukan lebih dari itu. kita taktahu peritnya seorang ayah nak mencari duit.

Sebagai hamba Allah, jangan lupa mentaati Allah. Ya, benar, kita tak lari daripada berbuat dosa. Kita ini adakalanya tergelincir daripada landasan istiqamah. Kita adakalanya terlupa dan terleka, namun tetap juga kita kena kembali padaNYA. Jangan terus terusan melakukan dosa yang sama. Ingat dan muhasabah balik apa yang Allah dah beri. Jangan pula kita menduakan Allah. Kalau kita punyai seorang isteri/suami yang menduakan kita, curang dengan kita, apa agaknya kita rasa? Pedih? Kecewa? Sedih?

Maka sebab itulah kita jangan menduakan Allah. Berusahalah untuk menjadi mukmin yang cemerlang. Menjadi hambaNYA yang sentiasa bertaubat di atas segala dosa. Belajar mengutamakan suruhan Allah daripada nafsu kita. Belajar dan didik hati supaya kita tidak mengagungkan manusia melebihi kita mengagungkan Allah SWT. Jangan sampai kita jatuh mencium bumi baru kita cari mana Allah.

Sebagai anak, jalankan tanggungjawabmu sebaik mungkin. Kamu ada mak ayah, itu sebuah nikmat yang amat besar. Tidak bergalang ganti. Serious talk. Ada rezeki, kamu dapat belajar, maka belajar baik-baik. Jangan sia siakan waktu untuk kamu belajar. Belajar betul betul. Ingat mak ayah kamu yang menghabiskan banyak wang demi kamu dan adik beradik kamu. Jangan pula kamu leka dengan ajnabi, jangan kamu leka dengan puji-pujian kekasih kamu. Ingatlah wahai gadis, seseorang lelaki itu tidak berbuat apa-apa pun untukmu selain menikahimu. Menghalalkan hubungan yang haram. Ingatlah, semakin kita ingat pasangan kita, semakin jauh kita dari Allah. Hati orang yang bercinta akan selalu mengingati kekasihnya daripada Allah Yang Maha Esa. Allahuakbar. Bersyukurlah. Jangan juga kita jadi anak-anak yang hanya tahu berseronok. Ponteng kelas, sekolah, merempit dan terlibat dengan dadah. Hancur luluh hati mak ayah kita. ada peluang dapat belajar, belajar. Bukan bermain cinta tidak tentu arah. Jangan menzalimi diri sendiri.

Jangan buta menilai cinta Allah buat kita.
Jangan buta menilai kasih sayang mak ayah buat kita.
Jadilah seorang hamba yang bersyukur.

Dan antara nikmat yang maha hebat ialah kita dilahirkan sebagai seorang ISLAM.
Hayatilah keindahan ISLAM melebihi kamu menghayati perkara-perkara yang lain.
Tuntutlah ilmu agar kamu tidak menjadi seperti lalang yang tetap meninggi meskipun tiada apa apa manfaat.

Sesungguhnya, tidak masuk syurga seseorang itu yang mempunyai sifat riak 
dalam dirinya walau sebesar zarah.
Bersyukurlah.
Jangan menduakan Allah.

Blvckrossee.

30 Mac 2016