Friday, 22 April 2016

MOCA KELANTAN 2.0

Bismillahirahmanirahim.



Ini lagi satu entry yang bersarang dalam document. Bukan ndak mau post tapi menunggu hampir 2 bulan untuk kemaskini kesemua entry lepas dan update wajah blog yang dulunya kaler biru grey gitu dan laa ni kaler pink gitu. Kalau dulu blog sarat dengan cerpen dan tips, tapi semua tu dah padam. Malu iols baca entry sendiri. Macam budaks.  

Kempen Cantik di Mata 2.0 atau KCDM 2.0 yang berlangsung pada 13 Feb 2016 lepas alhamdulillah, Allah makbul doa aku untuk ikut serta. Pada waktu yang sama juga alhamdulillah dapat sumbang melalui pamplet. 1000 pamplet aku fotostat dan lipat dibantu oleh kawan hahha.Siap jugak dalam seminggu tu.

Sebelum street dakwah, kami dibahagikan ikut kumpulan A B C. Boleh pilih sendiri hahhaa. Aku cepat cepat tarik Kak Ros kesayangan untuk sama kumpulan dengan aku. Takmau lepas! 5 tahun kenal tapi tak pernah jumpa dia. Alhamdulillah jugak haritu Allah permudahkan kawan kawan aku ikut sama. Seminggu dok pusing cari kawan mana lah yang boleh join sama. Hat tu kerja, hat tu tak dapat cuti.

Tangan kami penuh dengan stoking, stongan, pamplet, kuih muih dan flyers untuk diedarkan pada sesiapa sahaja. Masa inilah kami diuji sedikit dengan ragam manusia yang barangkali sukar menerima atau salah faham dengan tujuan kami. Ramai yang menganggap kami ini peniaga sehinggakan ada yang terlebih dahulu bertanya,

"Tak kena bayar kan?"

"Mak cik taknak beli"

Kami senyum, segera jelaskan tujuan kami yang sebenar. Tersenyum pula mak cik mak cik bila mendengar penjelasan kami. Alhamdulillah.

Aku dan team berjalan dari kedai ke kedai. Asal jumpa sahaja, kami kasi. Terangkan sedikit sebanyak tentang kempen ini, apa tujuan kami dan apa yang kami perjuangkan. Alhamdulillah. Allah tolong kami. Allah permudahkan usaha kami. Alhamdulillah, ramai yang menerima. Ramai yang ucap syukur.

Habis bekalan, kami bergegas ke Pasar Siti Khadijah. Topup balik edaran. Ahli MOCA ada dimana mana. Ada yang sanggup berdiri di tengah tengah bandar sambil memegang banner, ada yang sanggup berjalan kehulu hilir untuk menyampaikan pesan dan dakwah. Allahuakbar! Rasa kagum dengan mereka! Tersentuh dengan usahasama ahli MOCA yang langsung tak nampak letih atau mengeluh. Masing masing bersemangat!

Pasar Siti Khadijah ialah destinasi kedua team kami. Aku, Kak Ros dan kawan kawan aku ambil keputusan untuk edarkan pamplet, kuih, gift tu dalam pasar pada orang ramai. Dari awal lagi, aku berharap agar masyarakat akan menerima apa yang kami beri tapi inilah yang dinamakan ujian. Kita tak dapat jangka orang akan terima ataupun tidak pemberian kita. Orang tak semestinya nak dengar apa yang kita nak sampaikan. Tapi letakkanlah pengharapan yang penuh pada Allah dan doakan mereka yang enggan menerima. Mereka pasti punya sebab tertentu. Kita? Kena teruskan berjuang. Hidayah milik Allah.

"Apa ni dik?" tanya seorang pakcik dalam likungan umur 40-50an. 

Kami jelaskan sedikit sebanyak. Pak cik kusyuk mendengar. Kami beri gift pada pak cik, minta agar pak cik berikan pada anak anak perempuan pak cik. Apa yang menyentuh hati ialah apabila pak cik tu meminta pamplet lagi dari kami. Katanya dia nak kasi dekat anak. Nak anak dia baca.

Alhamdulillah.

Saya kagum dengan sikap pak cik.
Seorang ayah yang hebat!

Ada juga seorang anak muda, lelaki, bertanya pada kami tentang kempen yang kami adakah. Apa tujuan dan perjuangan kami, apa yang disampaikan dan macam macam lagi. Masya Allah. Suka bila ada yang bertanya lagi lagi anak anak muda yang mungkin sebaya kami. Dan, saya kagum dan bersyukur dengan sikap non muslim yang menyokong usaha kecil kami. Siap kasi hon dan mengangkat tangan lagi. Alhamdulillah.

Part yang paling menyentuh hati ialah bila aku ke booth MOCA. Ramai yang ingin mencuba jubah dan ada juga yang mencuba untuk memakai purdah/niqab. Alhamdulillah! Aku suka melihat suasana sebegini. Suasana yang menyatukan hati ummah pada jalan dakwah. Bangga melihat mereka yang sudi singgah!

InsyaAllah, ada masa lagi, nak join lagi. Hihi. Ni kena prepare awal awal. Mental lebih lebih lagi. Nak ke sini pun berdebar debar nak minta izin dengan abah. Abah ni satu je, kalau mintak nakpi mana mana, dia tak cakap boleh ke tak tapi soalan pertama dia,

"Siapa lagi yang pergi?"

Dan biasanya abah benarkan kalau ramai hahaha.






Alhamdulillah! Kenangan terindah!

The Blvckrossee. 
8 Mac 2016





Tuesday, 19 April 2016

PERTUNANGAN

Pertunangan itu ibarat selangkah lagi untuk ke alam perkahwinan. Namun berapa ramai antara kita yang mengikat tali pertunangan tetapi diibaratkan sebagai pasangan yang sudah sah berkahwin?

Pertunangan tidak akan menutup segala yang haram lalu menghalalkan perhubungan. Pertunangan bukanlah sebuah tiket khas untuk kita bersentuh-sentuhan, duduk rapat rapat dan keluar berdua dari pagi sehingga petang.

Pertunangan bukan juga semata mata untuk menyatakan dia ialah milik kamu buat selamanya. Boleh jadi kamu dan dia tiada jodoh. Boleh jadi kamu dan dia bertengkar sehingga membatalkan perkahwinan. Boleh jadi kedua keluarga pasangan mewujudkan konflik.

Pertunangan, jagalah hubungan itu dengan agama. Bukan menjaga hubungan itu dengan nafsu dan lupa bahawa perhubungan itu jelas dan nyata, ia
haram.

Saya ingin mengulang ayat ini, bertunang tidak menghalalkan hubungan. Jangan sampai kita lupa sehingga hubungan yg asalnya itu 'tunang' tanpa sedar berubah seperti kalian sudah 'bernikah'. Haram tetap haram.

Kasih, sayang mahupun cinta sekalipun, kamu dan dia bukanlah pasangan suami isteri. Jika kamu bertunang dan merancang untuk berkahwin pada usia yang muda, itu ialah rezeki buatmu. Tetapi, harus diingat bahawa pertunangan tidak menghalalkan hubungan. Batas pergaulan antara kamu dan pasangan itu sangat perlu dijaga sebagaimana dituntut oleh agama. Biar kita pandai bezakan keinginan yang halal dan haram.

Memilih pasangan, bukan bermakna ingin hidup bersama semata mata. Ia juga melibatkan bagaimana kamu dan pasangan kamu mendidik anak anak kamu kelak. Perbaiki hati, diri dan kejarlah ilmu agama. Lakukan persiapan. Tambah ilmu setiap hari. Mantapkan diri kamu dengan hijrah dan beristiqamahlah.

Sahabat, coretan ini bukan memerli. Bukan juga berniat menyakiti. Cuma, berpesan dan menasihati. Bimbang dan takut andai kita tersungkur. Ingatlah, setiap peristiwa yang terjadi, tidak mungkin dapat diulang kembali.

#blvckrossee
#aprilempat