Tuesday, 11 October 2016

MEREKA SUPERMAKCIK

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.

Dah sebulan berada dalam dunia baru. Alhamdulillah. Senang lenang kat sini pun berkat doa ma abah la ni 😊 Dapat masuk sini pun doa ma abah jugak. Sebenarnya ada satu entry yang aku tak sempat publish. Tapi semangat nak publish hat ni. Hahaa.

Sebenarnya, bila bangun pagi, bukak pintu bilik, tengok selipar tersusun, lantai di luar bersih licin takde satu habuk pun, terus rasa...Allah... selesa! Rasa semangat bangun pagi nakpi kelas. Tapi tak lari dari rasa bersalah.

Dulu stay SAHUT, kalau ada makcik makcik cleaner, selalu borak borak, bagi salam. Ada jugak ajak makcik makan sekali. Masa tu saja tempah mee kari nak makan dengan kawan kawan. Makcik malu malu. Dan mungkin juga rasa risau takut majikan dia nampak ke apa tapi tak berani tolak permintaan aku. Datang makan walau sikit dan sekejap 😊 Walaupun dulu, toilet kami, setiap hujung minggu kami yang bersihkan, tapi makcik makcik cleaner tetap datang pada hari hari tertentu.

Kat sini, kami tak bersihkan langsung. Bahkan sangat sangat selesa sebab ada mereka. Dulu kat sahut asal hari jumaat je mesti dah rasa penat. Sebab apa? Sebab kena cuci tandas. Sebenarnya best je bila buat dengan kawan dan adik adik. Orang kata, buat ramai ramai lagi erat hubungan. Jadi, kami tahu penat lelahnya nak cuci tandas, bersihkan sink, berus sana sini, buang sampah, cuci tempat tong sampah yang ada mana mana sampah kotor terjatuh. Dengan macam macam bau lagi.

Ya pernah rasa penat tu. Walau buat sambil pot pet pot pet borak dengan kawan, walau buat sambil menyanyi dangdut dalam toilet, atau sambil percikkan air dekat kawan. Rasa penat tu akan hilang serta merta. Tapi, tahu rasa penat tu. Tahu bagaimana rasanya cuci tandas. Tu baru satu floor. Tandas pun kami dibahagikan pada dorm dorm tertentu. Takdelah semua tandas. Satu aras pun dah 3 tandas. Mak oi. Hahahah faham kan macam mana rasanya?

Kat sini, kita dah besor besor dah haha. Dah tahu tengok, nilai dan rasa. Kudrat mereka dah tak kuat. Mereka semua dah tua. Urat timbul sini sana. Wajah mereka yang nampak tak bermaya...rambut pun beruban. Badan badan lenguh..

Tapi, tetap senyum!
Tapi...
Tetap jawab salam bila kita bagi salam.
Tetap senyum kat kita kalaupun kita tak senyum kat mereka dulu.

Tapi sayangnya kalau ada manusia yang tak beradab, kurang ajar. Lol panas tetiba pulak aku hahaha. Ya, tahu. Itu kerja mereka. Kena bersihkan tandas, sapu lantai, yang mana hitam gelap kena gosok sental kuat kuat kasi hilang..kena mop.. tapi walaupun itu tugas mereka, janganlah sampai kurang ajar dengan orang tua. Janganlah sampai memarahi mereka di hadapan anak anak muda yang lain. Janganlah buat mereka seperti orang muda. Mereka dah tua. Kalau tengok, memang dah jadi golongan nenek nenek dah. Patut duduk rumah, jaga kesihatan jaga diri. Tapi mereka kuat nak cari rezeki. Nak cari sesuap nasi walaupun diri sendiri pun sakit sakit. Kuatnya mereka!

Dan, walaupun mereka hanyalah makcik cleaner, berbudi bahasalah. Berbudi bahasalah. Berbudi bahasalah 😊

Mereka adalah ibu kepada anak anaknya.
Sebagaimana kita ada mak ayah, mereka pun ada anak anak. Kalau mak ayah kita kat tempat mereka, haihh apa rasa? Apa rasanya bila ditengking dimarah sesuka hati? Dengan kudrat yang tak kuat. Usia yang tua..

Salah ke kalau tegur secara baik?
Salah ke kalau berbudi bahasa?

Ma selalu pesan, tak rugi berbuat baik.
Langsung tak.

Orang yang sombong, angkuh ialah orang yang sangat rugi!

Bagi saya, mereka supermakcik hehe.
Bagi saya, mereka dah jalankan tugas mereka sebaik mungkin.

Dan bagi saya juga...tolonglah.. tak kira pelajar mahupun majikan, beradablah. Takut kalau kalau harini kita buat dengan orang, esok esok..anak cucu kita yang terkena pula.

Beradab.
Beradab.
Beradab.

Mereka supermakcik. Dan alhamdulillah sepanjang bergelar pelajar tak kira dari peringkat mana pun, saya tak pernah jumpa makcik pakcik cleaner yang tak baik. Semua ramah ramah. Semua suka senyum. Pesan baik baik. Dan mungkin kalian ada jumpa yg sebaliknya. Apapun...

Adab kena jaga 😊