Sunday, 16 April 2017

SURAH MARYAM


Assalamualaikum wbt.



Lama nya tak update, tak bw. Tak kenal dah bloggers baru skang ni. Hilang rasa nak menulis, Idea terbang. Nasib datang balik kekekeke.

Aku tertarik dengan kisah kak Sarah, insyaAllah doctor to be. USM induk ni dekat dengan penang medical school. So, ramai hakak hakak usrah dari sana yang share datang sini, sharing. Kebanyakannya close dengan usm student.  Sangat hebat!

Bila tahu dorang ada yang baru balik dari Turki, Ireland, kagum gila la wei hahaha. Gila tak kagum. Dorang tak lupa nak share ilmu dengan kami, beritahu kami apa yang mereka tahu dan belajar. Dan sangatlah mudah nak bantu aku dengan team siapkan assignment kami pasal Islamophobia haritu.
Best kan bergaul dengan orang orang yang berilmu? Rasa kerdil sangat tapi at the same time aku rasa best gila sebab dapat gali ilmu. Pentingnya kita explore manusia dan explore ilmu jugak heheh.

Antara kisah yang kak sarah share yang buat aku jatuh hati is, ada lect di USM, school farmasi yang dulunya student medic kat oversea, fail dan kena kick. Kemudian, masuk bidang farmasi, jadi lect di sini dan paling menarik sambung phd. Nak cakapnya kat sini, semua yang terjadi dalam hidup ni berhikmah. Siapa sangka, lect ni dapat sambung lagi sampai ke peringkat phd. Tak mustahil kan kan.
Haa tu berkenaan kisah yang kak sarah ni cerita. Kadang, ada benda tu mustahil bagi kita tapi tak mustahil beb bagi Allah. Dia Maha Kuasa, Dia Maha Tahu. Kita tak dapat menduga apa bakal terjadi tapi Allah tahu everything.

Tadaaa habis mukadimmah.

Now nak share pasal satu surah yang bertakhta di hati.

Surah Maryam. Tadaaaa. Baca quran, belek-belek surah Maryam ni. Deepnya Ya Allah.

Kenapa? Ha ada kaitan dengan cerita yang aku share kat atas tuhhh.
Bukak Quran muka surat 305.

Baca dan teliti ayat ke empat iaitu ;

“Dia (Zakaria) berkata “Ya Tuhanku! Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku”

Aku highlightkan lagi,

“… dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku”

Subhanallah. See this. Fahamkan, ingat ingat ingat sayang sayang!

Nabi sendiri tak give nak mintak apa-apa dari Allah walaupun Nabi Zakaria ini seorang Nabi. Tak putus asa agar Allah mengurniakan Nabi seorang anak. Dengan kuasa Allah, yang Maha Hebat, Allah makbulkan doa Nabi Zakaria.

Surah ni benar-benar buat aku ‘sentap’ dengan cara aku menunggu jawapan dari Allah. We pray. Yes, we did it everyday. Sometimes, you feel like you giving up on Allah sebab lambatnya Allah nak kabulkan doa. Lambatnya Allah nak beri jawapan, lambatnya Allah nak bantu.  

Doa-doa kita ni, ada Allah beri terus, ada Allah delay dulu and give another best thing to you. Semuanya kita kena faham, sabar. Itu juga tanda iman kita. sejauhmana kita berusaha, keep praying and believe in Allah to help and give you what you want.

Samalah macam aku nak sambung bidang law but lastly Allah beri aku tiga bidang dan dalam tiga bidang tu takde pun bidang law. Tapi, dalam takde bidang yang aku nak tu, dapat kos yang elok jugak kan? Siapa sangka, teacher to be haha. (camnalah aku jadi cikgu nanti)

Aku yakin, pasti ada hikmah Allah nak kasi kenapa aku dapat something else. So far, aku tak ada masalah dengan kos ni and I realized that I love teaching very very very much. Aku suka dididik dan mendidik.

Yang kedua, paling teruk terjadi kat ma. Masa tu aku tak nak matrik sebab takmau belajar bidang sains so aku harap aku dapat uni tapi tak dapat (lepas spm). So dengan rela hati masuk form 6. Masa cuti tu, ditakdirkan Allah, ma jatuh sakit. Memang memerlukan orang untuk jaga ma, tengok ma. Yes, aku anak sulung dan akulah yang kena jaga ma, ada disamping ma. I can do anything. Dan aku bersyukur Allah bagi aku seorang ibu yang amat tegas berkait dengan hal hal rumahtangga ni. I mean, aku boleh masak, boleh kemas itu ini, buat itu ini. Secara ringkasnya, aku boleh buat kerja rumah sebagaimana seorang housewife buat. so, tak sia-sia jari luka berdarah kena pisau, kena tin susu, tangan melecur kena wap panas dan sebagainya. Sebab, at de end, kau akan pandai buat semua kerja tu and semua yang ma ajar tu, demi masa depan diri sendiri jugak.

Alhamdulillah, berkat ma ajar aku, didik aku dengan tegas, aku boleh uruskan rumah. Aku boleh buat apa yang ma buat dalam tempoh ma sakit tu. Alhamdulillah. Dan, paling nyata, Allah tak kasi aku rezeki untuk aku sambung belajar ke university after spm ialah sebab Allah tahu ma akan diuji dengan sakit. Pedih sedih bukan main lagi sebab tak dapat uni tapi Allah tahu, ma takda orang boleh tengok tengokkan, tolong jaga selain aku yang dah pandai berdikari dan tahu tentang hal rumah.  See, hikmahnya. Baiknya Allah. Cuma, kita je yang kena sabar, kena yakin dan sentiasa berdoa dekat Allah.

Kita tak nampak hikmah tu sekarang tapi seriously, Allah dah plan terbaikkk punya kat kita. haishh, tak terfikir kan? Luasnya nikmat dan kasih sayang Allah. Mudah sangat kita putus asa dengan Allah. Mudah sangat kita cakap Allah tak makbulkan apa kita nak. Kita tak sedar, dalam kesakitan dan ujian Allah beri tu, pastinya Allah beri ganjaran, Allah shows us His hikmah.

Don’t worry, Allah sentiasa ada jawapan buat hambaNYA yang berusaha.

Aku ulang,

Allah sentiasa ada jawapan buat hambaNYA yang berusaha.

Aku ada terbaca satu ayat ni,

“Apa yang ada dengan kita, apa yang kita miliki, itulah yang Allah inginkan”

Hmm, walaupun sometimes, bukan senang beb nak hadap one by one benda yang terjadi dalam hidup ni. Susah nak cakap tapi camtulah.

Nak cakapnya, berkaitan dengan surah Maryam ayat 4 tadi tu, kalau Nabi tak give up, kenapa kita kena give up? Allah tahu apa yang terbaik. Selagi belum ada result, ada jawapan, selagi itulah kita kena usaha.  

Doa apa yang kita nak.
Doa apa yang kita perlukan.
Doa apa yang kita nak kekal dengan kita.

Doa bukan lepas solat je. Nak tido, nak gi kelas ke, Bismillahirahmanirahim dan doa dalam hati. paling wajib, mintak Allah jaga dan ampunkan mak ayah kita. kita taktau camna keadaan mak ayah kat kampung. Dorang takkan cakap terus terang dorang tengah sakit beb.

Selain tu jugak, dalam surah Maryam ni, nama Allah, ar Rahman banyak disebut untuk memberi pengertian bahawa Allah memberi keampunan tanpa perantaraan.

Ingat, give up tu bukan pilihan.

‘Nak buat camna, aku dah takda pilihan’

Maka kita pun memilih untuk berputus asa.

A big NO here! No no no!

Give up is not a choice.

Tu nafsu je tu. Setan tengah dodoi dodoi manja dengan lagu ninabobo hahah.

Jangan gugur sebelum kita dapat result dan jawapan sebenar dari Allah. Yes, aku pun takkan give up. Aku boleh minta 100 pendapat dari 100 orang.  Tapi, aku tetap tunggu, aku tetap inginkan jawapan sejati dari Allah because only Allah can give us the real answer for everything that we want J

Senyum.

Lagi satu nak pesan,

Ada beza MOVE ON ni tau. Contohnya, Allah uji kita then kita cakap nak move on but lastly kita buat benda salah, kita sedih gila gila sampai abaikan semua orang, semua perkara, kita buat benda bodoh dan sebagainya. Itu tanda kita tak move on ataupun betul betul terima apa Allah nak bagi. Yes, senang cakap tapi tak senang nak hadap. Ye, aku faham sebab aku pun melaluinya. Senang cakap, tapi nak hadap tu, kita je rasa pedih tu macam mana :’)

Jangan move on dengan cara yang salah but please move on dengan apa yang Allah buat atau takdirkan tu dengan move on yang positif. Bersangka baik dengan Allah dan yakin :’)

Ya Allah, please, please please o Allah.
Make us strong.

So my sayang sayang, kalau sedih, kalau rasa nak give up, kalau rasa tak yakin dah dengan Allah, buka surah Maryam ni. Baca. Banyak lagi surah-surah lain yang boleh buat kita sedar, tenang … baca tafsir tau.

Ingat, sebelum Allah uji kita skarang, Allah dah uji para Rasul dan Nabi dengan lebih lagi. Stay tough sayang sayang J

Moga-moga dengan cerita yang aku tulis berdasarkan apa yang kak sarah share dekat aku tu boleh jadi sumber inspirasi buat aku dan korang yang membaca. Begitu juga dengan ayat ayat cinta dariNYA yang tersusun indah buat kita J



Surah Maryam.

16 April 2017.

No comments: