Wednesday, 18 January 2017

ROTI TITAB | RESEPI

Assalamualaikum 😊

#chefmiinthekitchen
#makanmakanmasaksendiri

Lama menyepi. Banyak nak share tapi tulah lebih banyak diam. Haha. Okay, cuti kan. So projek makan makan masak sendiri pun bermula :D

Orang len dah update lama dah pasal roti titab ni tapi eh eh aku baru nak update. Dah le gambar low quality. Ada kamera tapi kamera tak dapat guna. Charger hilang. Phewww.

Orite to make roti titab, tak kira laki popuan senang jo. Bangun pagi tu buat le roti titab kat mak ayah family isteri or suami. So sweet. Haha.

BAHAN-BAHAN ;

1) Roti (Chefmi guna gardenia)
2) Kaya
3) Planta
4) Telur



Make sure BASUH dulu telur tiap kali nak guna k? 

CARA MEMBUAT ;

Pertama skali uols rebus air sampai mendidih lepastu masukkan telur pelan pelan. 4 minit je tau! Nanti masak sangat tak best. 4 minit tu memang perfect la separuh masak dia hehe. Orang lain taktaule tapi chefmi 4 minit je. Ciss chef mi kununnn.



Setel telur. Then letak tepi.

Ambik pan, campak planta/marjerin lepastu gelek gelekkan sampai cair dan masukkan roti. Bakor dan balik balikkan.





Letak kaya di empat penjuru. Angkat.

Pecah kan telur tadi.

Tadaaaa siap!




Very easy mehhh :D

Besenya tak cukup satu hahaha. Lebih lebih lagi adik bongsu kitee, dekyang kite.

Next time iols share lagi. Walaupun ramai je blogger share resepi ni haha.

Assalamualaikum