Sunday, 29 October 2017

Guru, layakkah?

Assalamualaikum my silent readers!

Lama aku berdiam dari menulis. Jemari pun dah muncit. Pipi kemain bambam. Berat pun kemain naik. Puncanya siang takdan makan, malam baru nak cari nasik. Gitewww. Aku baru ada weekend iaitu harini sahaja, Ahad. Sangat sibuk alahaii. Takpa, aku suka sibuk. Banyak experience aku dapat. Winkwink!

Setahun bergelar mahasiswa pendidikan, aku makin sedar diri yang aku ni kena hadap amanah dan tanggungjawab yang sangat berat. Aku kena belajar didik, hukum, perbaiki kesalahan dan cari jalan penyelesaian untuk diri sendiri dulu. Aku kena lalui dulu. Kena make sure aku bukanlah guru yang sembang bodoh, perangai sampah. Eh, cayalah. Kalau tak didik diri sendiri dulu, terjamin ke kau nak didik anak bangsa nanti?

Emm.

Hari ni, aku nak share apa yang dah aku pelajari secara langsung ataupun tidak. Bila adik aku bagitau aku yang dia nak jadi penulis, dia nak menulis after tamat SPM, aku tak sangka otak aku dengan dia sama. Dia kata, nak menulis macam.penulis penulis  terbitan Dubook, Thukul Cetak, Fixi dan lain lain. Takda masalah. Aku pesan pada dia, kau kena banyak belajar. Jadi pemerhati, buat kesimpulan. Paling penting, please make sure you read a lot.

Aku ulang,
Please make sure you read a lot.

Please make sure you take everything as ibrah. Kau jangan jadi penulis sembang bodoh, hujah pula kelaut. Jangan. Kau kena jadi penulis yang ada intelektual. Kau kena belajar cari kesalahan, bukan bermakna kau nak jadi penghukum tapi kerana kau perlu cari penyelesaian dan beri kesedaran pada ummah. Thats the point.

See.

Ini salah satu apa yang aku maksudkan dengan 'dididik untuk mendidik'. Same goes to my situation now. Aku perlu didik diri sendiri, biar ada kualiti bukan saja untuk kepentingan diri tapi juga bakal pelajar aku nanti. Sebab tu aku pesan pada adik, kau nak buat apa pun, kau kena belajar dulu. Kau kena explore. Bila ada kesalahan, kau cari penyelesaian. Kena cari kualiti yang ada dalam setiap masalah.  Sebab tu orang cakap, belajar dari kesalahan/kesilapan sebab dalam kesalahan tu ada pengajaran yang ada kualiti untuk kau belajar.

Aku tersentuh dengan sharing Dr Zuhair tentang pengalaman beliau malam Selasa lepas. Kelas PGT 203, subjek seronok bagi aku cuma letih weh hahaha. Tapi, subjek ni sangat penting buat bakal guru. Communication. This is what everyone must learn. Macam macam kami kena laksanakan untuk subjek ni. Projek Go Green di sekolah terpilih dan teater. Kena urus pelbagai benda. Kena belajar berurusan dan lain lain.

But, my main point here is when Dr Zuhair mentioned about 'memujuk' which is this is one of communication's type. (kalau tak silap aku lah jenis jenis komunikasi). Berkaitan dengan cara 'memujuk' ni, beliau ada ceritakan pada kami pasal pengalaman beliau masa mengajar di sekolah dulu.

Ada sorang pelajar yang tutup muka dengan kedua belah tangan. Macam menangis pun ada. Dia duk kat tepi. Dr rasa pelik. Ish nangis ke budak ni?

Kemudian, beliau tanyakan pelajar ni kenapa dia buat macam tu? Ada masalah ke?

Jawab pelajar tu,

Dia sedang berdoa. Ayah dia kena buang kerja. Rumah sewa tak mampu bayar sehinggakan tuan rumah minta keluar.

Kata pelajar tu lagi, dia nak balik nanti. dia ada rumah. Dia nak balik 'rumah' dia.

Kata Dr, masa tu ekonomi negara kita merosot. Jadi ada yang kena buang kerja.

Then, Dr cakap kat pelajar tu so that dia jangan risau, minta pelajar tu balik dan cakap yang dia ada kerja untuk ayah pelajar tu. Walhal, masa tu, Dr takde kerja pun nak beri kat ayah pelajar tu.

Disitu, berlakunya komunikasi berbentuk 'pemujukan'. Sebab tulah kita sebagai guru atau bakal guru kena pandai berkomunikasi ni. Student ada masalah tapi bila student ceritakan masalah, guru just balas 'jangan risau, ada lah tu kerja untuk ayah awak nanti..'.

Kau ghase?

Student akan lega ke? Student akan happy ke?

Aku, kau, kita semua pernah jadi pelajar. Dan, sebagai pelajar atau pernah jadi pelajar, kau mesti boleh menilai kesilapan guru kau. Bukan hanya bila mengajar tapi jugak bila guru tu berhadapan dengan pelajar yang ada masalah.

Aku kongsikan pengalaman Madam aku pulak.

Kata Madam, ada pelajar yang buat masalah dalam kelas. Something like kurang ajar camtu lah dekat guru. Only one. Tapi, guru tu terus merajuk dan keluar kelas. Misal kata student ada 30 and seorang buat salah. Yg selebihnya 29 tu macam mana?

Hanya seorang saja buat masalah. tapi guru abaikan 29 orang pelajar yang lain.

Adakah patut?

Be professional.

Seorang guru tak boleh buat perangai macam ni. Apa salah pelajar yang lain? Aku tahu aku bakal guru and i dont have much experience in teaching but aku pernah hadap perangai cikgu yang tak macam cikgu ni. Aku tahu mana buruk mana baik. Bila Madam share pasal ni, aku sangat setuju.

Kalau ada pelajar yang buat masalah, tak bermakna kita as a teacher kena salahkan semua. Mengajar ialah keutamaan. You have 29 students yang menunggu ilmu. Disebabkan seorang, guru bertindak sedemikian. Oh tidak adil bagi pelajar yang lain.

Setiap pelajar ada hak.
Guru tugasnya memberi ilmu dan pelajar menerima ilmu.

Jika dalam adik beradik pun boleh bergaduh, apatah lagi anak murid. Akan ada perangai yang kita tak suka but you as a teacher, perlukah bersikap tidak matang?

You can say that you love teaching, you love your job but when you face this problem, you give up. What?

Sejauhmanakah kualiti cinta untuk mengajar tu?

Madam ceritakan lagi yang beliau pernah dapat mengajar kelas hujung. Bila masuk mengajar, hanya beberap orang pelajar je yang ada. Krik krik kelas tu haaa. Nak mengajor camna wei takda student? Student duk ponteng haaa.

Apa Madam buat?

Madam bawak camera, Letak kat atas dot dot aduh lupa apa Madam cakap. Maknanya setiap kali kelas, Madam akan record. Andai tiada pelajar yang masuk kelas, video tu akan diberikan kepada ibu bapa pelajar yang tak hadir. Selepas tu, alhamdulillah kelas sentiasa penuh. Andai kata la kan Madam jenis cikgu yang merajuk, kau ghase beberapa ketul pelajar yang tak ponteng tu dapat ilmu tak? Andai kata la kan Madam just bagi kertas soalan and mintak student buat kemudian hantar, tak masuk kelas..kau rasa, student dapat ilmu yang sebenar benarnya tak? Andai kata Madam merajuk which us actually give up, kau rasa, Madam ada keinginan ke untuk pastikan semua pelajar mesti ada dalam kelas?

Itu ialah usaha Madam untuk make sure pelajar ada. Tak perlu menyumpah pelajar, sembang kencang pasal pelajar di dalam bilik guru tapi usaha nak perbaiki, tolong student takda. Eh, apa guna kau jadi guru kalau kau hati tisu? Apa guna kau jadi guru kalau kau mudah merajuk. Dalam situasi ni, merajuk ialah give up. Kalau guru tu merajuk, sah sah guru tu akan abaikan pelajar. Takyah cakap lah tak give up.. Sekali kau merajuk, bermakna kau give up. Lagi teruk kalau merajuk lama lama sampaikan ada guru lain ganti mengajar.

What? Aku takleh terima.

"Eh, guru juga seharusnya memberi pengajaran untuk pelajar. Kau baru nak jadi guru, kau taktau lagi macam mana ragam sebenar pelajar"

Benar. Aku faham.

Tapi aku lagi faham bila ada guru atau lecturer aku yang sangat positif dan bijak mengawal keadaan. Tak merajuk macam budak darjah satu. Guru yang sebenar benarnya faham kenapa Tuhan campak kau jadi guru. Tipulah kalau takda student biadap, kan?

Cuba kalau kau doktor, kawan lama kau yang pernah buat kau sakit hati tengah nyawa nyawa ikan, kau as a doctor, takkan nak tengok saja? Kononnya masih merajuk dengan dia? Tak kan? Sebab apa? Sebab kau doktor. Tugas utama kau menyelamatkan. Kau takboleh campuradukkan hal peribadi dan tanggungjawab kau.

Guru?

Sama beb.

Ingat, dalam setiap pekerjaan, ada amanah. Itu ialah tanggungjawab. Dan, tipulah kalau bekerja takda ujian, takda dugaan. Setiap pekerjaan ada cabarannya. Sebabtulah, kita boleh nilai adakah kita ni benar benar berkualiti dalam kerja kita?

Sejauhmana ikhlasnya kita?

Dulu, aku pernah dimalukan oleh seorang ustaz semasa sekolah menengah. Ya, aku tahu aku bodoh, aku lembab. Aku pernah dapat nombor tercorot dalam batch aku, aku selalu tersengguk dalam lab. Aku bukan pelajar yang mudah faham math. Aku dengar bila cikgu mengajar tapi bila buat, aku tak reti. Aku belajar dari Guru Muda (kawan) tapi still aku merangkak bila buat sendiri. Aku selalu fail addmath, kimia dan fizik. Aku takda feel belajar subjek sains tapi aku sangat suka English. Dan, ini semua tak bermakna aku ponteng kelas, aku biadap dengan cikgu. Aku just bodoh bab kira kira.

Aku tak sangka aku jadi bualan dalam bilik guru. Oh, tak kisah lagi soal ni sebab kebanyakan guru memang suka sembang pasal pelajar tapi nak dekat dengan pelajar, jumpa face to face, tanyakan apa masalah, jauh sama sekali.

Satu malam tu, kami semua berjemaah di surau, dari form 1 sampai form 5 ada. Lepas solat maghrib, ustaz ni mention nama aku. Emy. Ya, Emy. Dihadapan semua pelajar, dalam surau.

"Ada satu nama pelajar yang selalu cikgu cikgu sebut dalam bilik guru. Ada rungutan dari cikgu cikgu. Namanya saya macam ada dengar tapi tak kenal siapa. Pelajar perempuan, kelas 5 UTM. Emy. Nama dia Emy. Saya harap awak berubah bla bla bla"

Berubah apa ustaz?

Jadi pelajar solehah ke?

Bila ustaz habis cakap, semua pelajar pandang aku. Yes, pandang aku. Jantung aku berdegup kencang macam malam tu aku telajang kau faham tak? Kebetulan aku duduk saf depan sekali so pelajar lelaki memang nampak aku. Adik adik pun.

Aku diam Aku diam. Aku diam.
Aku pandang ustaz.

Kemudian Gjie pegang tangan aku.

"Sabar"

Ya Jie.. aku sabar.

Bila solat isyak, aku keluar pegi kelas. Aku duduk bawah meja guru dan aku menangis kat situ semahu aku. Aku malu. Aku malu waima nak pandang muka classmate aku. Aku malu, aku rasa aku bodoh gila, aku rasa aku perempuan murah, aku rasa aku pelajar yang dibenci cikgu, aku rasa aku tak guna, aku memang lembab, aku memang takda arah hidup, takda tujuan.

Aku balik dorm, aku menangis lagi dalam tandas. Aku duduk lama. Aku menangis gila gila. Classmate aku ada datang pujuk aku, minta aku sabar dan ada yang cakap, ustaz bukannya nak marah pun tapi mengingatkan.

Oh, jadi, mengingatkan sampai memalukan? Mengingatkan sampai buat pelajar seolah olah macam lembu? Takda perasaan? Macam bodoh sangat seolah tak layak jadi pelajar sbp?

Malam tu, aku rasa akulah manusia paling teruk. Kawan kawan aku pujuk aku, tenangkan aku. Adik adik junior yang sedorm dengan aku pun sama. Bila aku tidur, bangun je, aku terus teringat. Celik je mata, aku teringat kejadian semalam. Aku keluar untuk pegi sekolah, aku rasa semua pandang aku. Aku malu. Wallahi aku malu. Aku sampai malu sangat nak jalan depan kelas kelas, malu nak pegi roll call. Malu gile. Aku lost semangat. Aku takda feel nak belajar. Aku nak pindah sekolah. Aku nak masuk SMK. Apa guna duduk sbp tapi cikgu pun takda kualiti?

Aku nak cakap,

1. Sebagai seorang guru, sebelum nak tegur terang terangan, jumpa dulu pelajar tersebut. Tanya, tahu, hadam dulu apa masalah pelajar tersebut. Subjek apa dia kurang, subjek apa dia boleh carry. Aku bukannya bodoh sangat sampai semua fail. Seriously, bila kena camtu, aku rasa aku tersangatlah bodoh macam takde harapan aku nak masuk universiti. Kalau tak kenal pelajar tu, hanya dengar guru lain sembang je, boleh jamin ke memang kenal pelajar tu betul betul? Tak salah kalau jumpa dulu. Tanya dulu. Cuba rapat dulu dengan pelajar. Kalau jadi ayah, anak buat silap takkan terus pukul?? Tak tanya dulu ke sebab? Masa sekolah dulu, ada cikgu mention.. Anggaplah guru awak sebagai ibu bapa awak. Tapi, adakah guru menganggap pelajarnya seperti anak sendiri? Kalau anggap seperti anak sendiri, seharusnya buat macam anak betul betul, bukan buat macam patung.

2. Sebagai seorang guru yang ada title ustaz, seharusnya pemikiran lebih matang. Bawa title agama, seharusnya tindakan pun bawa sekali agama. Bukan ikut nafsu. Rasanya, takda pulak kan dalam agama kena malukan pelajar atau buka aib pelajar? Bodoh sekalipun pelajar tu, bukan tugas ustaz atau guru nak malukan pelajar tersebut. Ke ada dalam hadis atau al quran seorang ustaz atau guru kena malukan student? Buka aib student? Takda kan? Bila namanya pelajar tu sering disebut sebut oleh guru, itu bermakna aib. Aib pelajar tu. Bukannya sesuatu yg harus dibanggakan. Bersuara dihadapan semua pelajar, bukannya jalan penyelesaian. Bukannya akan buat pelajar tu makin rasa semangat. Seriously, pelajar tu akan down walaupun sekejap. Tipu lah kalau tak down. Kalau aku jenis lemah, memang aku murung berbulan. Tapi aku pujuk diri aku. Eh takpe, ujian ni. Aku tak bagitau ma abah aku pun Dua tahun selepas tu baru beritahu. Aku diam je. And memang jenis hadap sendiri semua masalah. Dan aku akui, manusia tak sempurna. Guru ke, peguam ke, doktor ke, polis ke..ada je silap. Aku mengerti. Tapi aku tak faham bila kau buat silap tapi kau takda rasa nak minta maaf.

3. Meminta maaf, tidak bermakna guru tersebut akan hilang maruah. Bila buat salah, minta maaf. Bukan makin tinggi lagaknya. Guru juga manusia. Ada silapnya. Jadi guru, bukan untuk menghukum, bukan untuk sembang itu ini tentang pelajar. Bukan MENGUMPAT dalam bilik guru tanpa cuba jadi 'best friend' dengan pelajar. And you know what, ada guru yang cakap "kau takkan berjaya dalam hidup kau". Boleh ke guru cakap camtu? Boleh ke kita guru/bakal guru jamin kehidupan seseorang pelajar tu? Tak pelik kalau yang kaki ponteng ni jadi jutawan. Tak pelik kalau yang bodoh lembab tu jadi pemimpin dunia. Tak pelik. Manusia berubah, manusia ada bakat tersendiri, ada kelebihannya. Tak pandai subjek subjek sains, dia mungkin hebat bila belajar subjek subjek aliran kemanusiaan. Kebolehan setiap orang ialah berbeza. Jangan samakan. Budak sbp tak bermakna semua kena pandai sains. Ada yang lebih dalam bidang kemanusiaan.

Aku akui, jadi guru bukan mudah. Aku akui, aku salah seorang yang sangat tak suka bila ada pelajar yang mengadu pada ibu bapa, kena denda pun mengadu, kena cubit skit pun report polis.. Banyak yang aku baca mengenai pelajar masa kini yang sangatlah manja. So thats why guru kena bersiap mental dan fizikal. Aku suka bila lecturer bercerita tentang pengalaman masing masing, bagaimana mereka 'mengawal' masalah sehingga menjadi satu penyelesaian, bagaimana mereka mendekati bukannya menghukum atau membenci, bagaimana mereka mendidik diri sendiri agar ada kualiti dalam diri mereka sebagai guru. Tipulah, tak hadap masalah bila mengajar.

Aku pun dah lalui zaman belajar, zaman jadi pelajar sekolah dan kini pelajar universiti. Dari sekolah rendah lagi, aku boleh nilai bagaimana ragam guru itu sendiri. Bagaimana ragam guru dengan pelajar yang latar belakang family nya berduit, ragam guru dengan student bermasalah, yang pandai. SMK atau SBP.. ada perbezaannya, ragam gurunya, caranya. Ah macam macam. Manusia beb. Tak semua ingat amanah/tanggungjawab.

Dididik, untuk mendidik.

Itulah yang aku pegang. Aku didik diri aku. Aku selalu buat silap dan aku cuba perbaiki. Seorang pelajar tu bukan saja pergi sekolah untuk belajar tetapi juga memerhati. Apa yang guru buat salah, aku belajar, aku buat sebagai pengajaran agar suatu hari nanti aku tak buat kesalahan tersebut. Kita bukan hanya belajar dengan buku tetapi dengan pengalaman, pemerhatian kita. Kita nilaikan, kita simpulkan, kita ambil sebagai panduan.

Semoga, diri aku ni dapat jadi guru yang berkualiti, yang tak putus asa, yang sebenar benarnya ada jiwa guru. Aku tak sangka aku dicampak dalam bidang ni sedangkan aku bercita cita untuk jadi seorang peguam. Aku tahu ada something yang Allah nak aku manfaatkan atau curahkan dalam bidang ni. Mungkin Allah nak melihat sejauhmana aku mampu bertahan dengan pelbagai ujian bila aku jadi guru nanti sebab DIA dah beri aku sedikit sebanyak pengajaran masa aku sekolah dulu. Mungkin jugak Allah nak aku rasa sejauhmana perangai pelajar nanti dan bagaimana aku cari penyelesaian. Apa yang salah, tetap salah. Bidang apapun, kalau buat salah, tetap salah.

Aku sentiasa ditemani dengan perkataan 'kualiti'. Ya, kualiti. Sejauhmana aku mampu capai kualiti tu?

Layakkah aku jadi guru? Aku tak menunding jari pada yang lain tapi pada diri sendiri. Ya, sbg manusia juga, setiap orang ada kesilapannya sendiri. Aku sentiasa ingatkan diri agar tidak membuat kesilapan yang sama. Aku risau kalau aku berkata kata tapi bila diri sendiri yang hadap, aku tak mampu selesaikan. Setiap perkara yang berlaku sama ada dalam diri aku ataupun orang lain, aku amik sebagai ibrah. Aku cuba untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Belajar bukan hanya dari kesilapan sendiri tetapi juga kesilapan orang lain.

Moga qowiy!
Moga aku tak putus asa.
Moga aku tak ulang kesilapan sama.
Moga aku mampu capai kualiti seorang guru.

Jadi guru, bermakna kau berurusan dengan manusia dan manusia sifatnya pelbagai.

Alhamdulillah, aku bersyukur walaupun dulu aku pelajar tak pandai, tapi Allah izinkan aku masuk Universiti. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Alhandulillah. Aku kena terus belajar, hadam banyak benda. Kena persiapkan diri, kena banyak muhasabah diri.

Pengalaman aku tak banyak macam orang lain, tak hebat tapi yang tak banyak tulah yang mendidik aku. Yang tak hebat tulah yang buat aku takmau ulangi kesilapan.


29102017.